Jangan Kau Toleh Aku Di Sini, Kerana Dulu Kau Yang Mengusir Ku Pergi…

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap perhubungan pastinya ada turun naik, ada pasang surut, adakala bahagia berpanjangan, adakala timbul masalah dan persengketaan, namun semuanya hanyalah ujian yang mematangkan. Dalam ujian yang mendatang itulah, punca kita lebih mengenali pasangan kita. Tapi itu jika anda mampu menghadapi ujian tersebut. Kalau anda tidak mampu, maka berakhirlah perhubungan anda dan pasangan.



Setiap perpisahan yang berlaku dalam sesebuah percintaan biasanya berpunca dari salah seorang yang mungkin tidak lagi berkelakuan seperti dulu. Lelaki mahupun wanita pasti merasai bagaimana rasa ditinggalkan si dia yang dulu pernah bertapak lama di sudut hati. Benar, semua yang berlaku perlukan kerelaan dan perlu move on walau cepat atau lambat, namun pastinya kepergian si dia adakala menikam hati yang juga adakala rindu yang datang tanpa diduga.

Mengikut kajian, wanita yang baru putus cinta akan meratapi dan bersedih sentiasa sehingga tiba satu tahap yang membuatkannya bangkit dan tidak lagi mempedulikan masa lalu itu. Namun berbeza pula dengan lelaki, di awal perpisahan mereka lebih suka kerana telah lepas daripada sebuah hubungan yang mungkin sudah tidak disukai dan berfikir sudah bebas serta boleh cari pengganti. Tetapi lama kelamaan lelakilah yang meratapi dan merindui segala apa yang telah retak itu. Dan masa itulah mereka memujuk rayu bekas kekasih untuk kembali bersatu namun sedarilah bahawa ketika itu, wanita yang ditinggalkan itu sudah tidak mempunyai apa-apa rasa lagi. Bahkan kebanyakannya sudah berubah menjadi lebih matang dan mungkin lebih berpenampilan menarik berbanding dulu.


Wanita yang dahulunya rapuh kini lebih kental dalam mengenal satu perhubungan yang serius. Wanita yang dahulunya sentiasa merayu anda untuk terus di sisinya kini boleh berubah menjadi wanita yang akan menghalau anda pergi jauh dari pandangan matanya. Mungkin tidak membenci tapi lebih mahu tidak mempunyai kaitan lagi. Anda yang membuka ruang untuk dirinya pergi, jadi jangan cuba untuk kembali kepadanya lagi.

Wanita itu hatinya rapuh, setia dan mencintai sedalamnya. Namun jangan pernah menduga wanita itu akan selalu ada dan tetap akan setia walau telah didusta cintanya, telah ditinggalkan seenaknya. Wanita itu sentiasa bangkit, sentiasa positif, dan sentiasa redha apa yang telah tertulis buatnya. "Aku yakin, di hadapan sana yang lebih baik sedang menanti.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen