Beza Merisik, Meminang, Bertunang Dan Bernikah.

Melayu sinonim dengan adat dan budaya. Ia juga sebenarnya mengajarkan kita untuk menjadi manusia yang beradab apabila melakukan sesuatu. Mana yang boleh diikuti dan tidak bertentangan dengan hukum syariat Islam, kita ambil. Jika bertentangan dengan hukum Islam, kita abaikan. Kerana kita berwaspada dengan perkara yang mengandungi unsur-unsur khurafat.



1. Merisik.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merisik adalah “menyelidik sesuatu secara diam-diam.” Dengan erti kata yang lain, seorang lelaki boleh mengunjungi pihak perempuan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai wanita yang ingin di jadikan pasangan. Ada kalanya, rombongan datang secara mengejut untuk memeriksa dan memerhatikan suasana rumah secara realiti tanpa ada perselindungan apabila kunjungan tersebut tiba. Kebiasaannya ibu pihak lelaki akan memerhati bahagian dapur, bilik air untuk melakukan spot check. Ia bertujuan menganalisis kehidupan dan perilaku seorang wanita jika berada di rumah. Jika baik, baik jugalah respon ibu tersebut.

2. Meminang.

Meminang dan melamar membawa maksud yang sama. DBP berpendapat, meminang atau melamar adalah “meminta atau memohon seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.” Setelah keluarga lelaki bersetuju untuk lelaki tersebut menunaikan hajatnya mengahwini wanita, keluarga lelaki akan meminta izin pihak perempuan untuk memohon kebenaran keluarga perempuan bagi mengikat janji antara lelaki dan perempuan.

3. Bertunang.

Bertunang adalah, “mengikat janji untuk menjadi suami isteri.” Perkara ini dianjurkan dalam Islam agar tidak terjadinya pertindihan dalam peminangan. Bertunang boleh dilaksanakan terus sekiranya sewaktu meminang, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengikat janji atau bertunang. Sebahagian masyarakat, ada juga mengasingkan meminang dan bertunang dengan mengadakan majlis bertunang secara eksklusif. Tetapi disarankan agar majlis tersebut diraikan secara sederhana.

4. Bernikah.

Dikenali juga dengan berkahwin, iaitu “bersetuju menjadi suami atau isteri.” Nikah dalam agama Islam menurut bahasa adalah “kumpul, himpun dan campur.” Menurut syarak, “ijab dan qabul (akad) iaitu menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang diharuskan berkahwin.”


Jadi, dengan mengenal pasti perbezaan ini diharapkan pembaca dapat membezakan keempat-empat istilah tersebut secara terang dan jelas. Lakukan mengikut kehendak masing-masing dalam bab merisik, meminang, bertunang tanpa mengabaikan tuntutan Islam. Apapun, diharapkan semoga anda tidak keliru dengan istilah tersebut selepas ini. Terima kasih kerana membaca. Hehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen