Tiga Tanda Pasangan Anda Menyesal Atas Kecurangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala pasangan kita akan tersilap langkah sehingga wujudnya orang ketiga. Tapi bukan hanya di sahaja, kita juga turut terlibat sama. Kenapa? Mungkin kita mengabaikannya menyebabkan dirinya mencari orang lain. Tetapi apa lebih kecewa adalah si dia lebih memilih orang kita berbanding diri ini. Tapi, tiba-tiba si dia kembali dan menyatakan ingin bersama dengan anda semula. Anda pula masih ragu akan perubahan sikapnya sehingga tidak tahu adakah si dia betul-betul inginkan anda kembali.



Anda boleh ketahui seseorang itu sangat menyesal melalui tiga perkara ini.

1. Memohon maaf dengan penuh kesungguhan.

Si dia datang kembali dan mengakui kesemua kesalahannya yang menyebabkan anda terluka. Setiap satu kesalahannya diluahkan dan memohon maaf. Si dia juga tidak melenting apabila anda hanya membiarkan dan tidak sudi memaafkannya.

2. Merayu ingin kembali bersama anda.

Dalam permohonan maaf itu, si dia menyatakan hasratnya ingin kembali bersama anda. Walaupun si dia tahu anda masih ragu akannya tetapi si dia akan tetap menunggu anda. Segala janji akan mula diluahkan pada ketika ini.


3. Mengalah dalam perbincangan.

Apabila anda melakukan perbincangan dengan dirinya. Si dia sememangnya akan mengalah dan menurut sahaja kata anda tanpa membantah. Setiap kata yang anda keluarkan si dia hanya mengaku setiap salahnya.

Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi pilihan anda sama anda ingin memilihnya kembali atau tidak. Ataupun anda harus memikirkan sedalamnya. Tetapi tidak salah jika memberikan peluang walaupun kepercayaan itu sudah berkurang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen