Lima Tabiat Penipuan Dalam Perhubungan Yang Anda Tidak Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan ini pasti setiap pasangan pernah ditipu dan terkena tipu oleh pasangan masing-masing. Sebenarnya ramai yang tidak tahu denga jelas mengenai penipuan dalam perhubungan ini. Penipuan berlaku apabila terdapat sesuatu yang tidak kena pada hubungan tersebut. Penipuan ini juga boleh menyebabkan hubungan yang dibina itu putus di tengah jalan.



Apa yang anda tahu mengenai penipuan ini? Adakah untuk menyelamatkan satu perhubungan atau hanya mencari salah pasangan?

1. Selalu tidak puas hati dalam perhubungan.

Penipuan ini berlaku apabila terdapat ketidak puas hati pasangan di dalam satu perhubungan. Jadi mereka menggunakan pelbagai penipuan untuk memuaskan hati sendiri dan juga pasangan. Sebagai contoh, si A menipu hubungannya dengan wanita lain kerana pasangannya tidak selalu anda untuknya. Jadi si A menipu kesetiaannya terhadap pasangannya demi kepentingan diri sendiri.

2. Wanita menipu untuk tamatkan perhubungan.

Bagi seorang wanita pula, mereka ini menipu selalunya untuk menamatkan sesebuah hubungan. Sebagai contoh, “awak terlalu baik untuk saya”. Ayat ini sebenarnya tidak menunjukkan seseorang itu baik, tetapi hanya untuk menamatkan hubungan yang berlaku antara mereka.

3. Menipu emosi adalah lebih bahaya.

Dalam banyak-banyak menipu, menipu mengenai emosi adalah lebih bahaya. Hal ini kerana ia mampu membuat seseorang itu terasa lebih kecewa. Contohnya, si B memberitahu pasangannya bahawa dia sangat mencintai pasangannya itu, walhal ia hanya mencintai duitnya. Jadi jika pasangannya tahu kebenaran ia pasti akan lebih menyakitkan.


4. Media sosial boleh menjadi punca penipuan.

Ramai yang sudah tahu bahawa media sosial adalah punca kepada penipuan dalam perhubungan. Tetapi ramai yang hanya menutup mata kerana mereka tahu kepentingan media sosial dalam perhubungan jarak jauh mereka.

5. Penipu lebih selesa ditangkap.

Sebenarnya, penipu dalam perhubungan ini lebih selesa jika ditangkap oleh pasangan masing-masing. Hal ini kerana, mereka ingin menamatkan pembohongan mereka dengan kadar segera. Jika terlalu banyak menipu pasti tidak larat untuk menipu lagi bukan?

Kesimpulannya, penipuan dalam perhubungan ini sudah menjadi kebiasaan. Dan ia memainkan peranan yang tersendiri dalam perhubungan tersebut. Sama ada ia mampu menyelamatkan hubungan atau sekadar menamatkan hubungan. Semuanya bergantung pada individu terbabit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen