Lima Jenis Wanita Manja Yang Lelaki Tidak Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Manja itu sememangnya sifat semula jadi seorang wanita. Boleh dikatakan setiap wanita mempunyai sifat manja ini. Walaupun ia seorang yang kasar dan aktif, tetapi dalam sudut hatinya mempunyai sifat manja. Cuma manjanya tidak kelihatan. Boleh jadi ia hanya manja pada ahli keluarganya sahaja. Tahukah anda terdapat lima jenis wanita manja di dunia ini. Tetapi adakah mereka ini betul-betul manja atau manja sekadar mahukan perhatian.



Lima jenis wanita manja yang lelaki patut tahu. Jangan tersalah pilih manja pula ye.

1. Terlalu manja.

Wanita yang terlalu manja ini biasanya tidak pandai berdikari. Semuanya mengharapkan orang menyediakan untuk dirinya. Apabila anda bercinta dengan dirinya, ia akan membuatkan anda cepat bosan dan rimas. Mungkin mereka ini telah dimanjakan oleh kedua orang tuanya serta adik beradiknya dari kecil. Mungkin sahaja mereka ini andak tunggal.

2. Manja seperti kanak-kanak.

Manja seperti kanak-kanak ini pula adalah, kamu suka merengek di hadapan orang ramai tanpa mengira malu. Alah, sama aja macam kanak-kanak merengek hendak mainan. Jadi setiap rengekan mereka ini mampu membuat lelaki merasa rimas, walaupun ia rengekan semula jadi.

3. Manja yang bertempat.

Ini adalah sifat manja pilihan kaum lelaki. Seorang wanita manja tetapi tahu waktu bila mereka perlu bermanja. Dan pemilihan tempat bermanja juga bersesuaian. Mereka ini juga, hanya akan menunjukkan sifat manja mereka bersama dengan pasangan mereka sahaja. Jadi apabila di luar, mereka ini lebih kelihatan biasa-biasa sahaja.


4. Asyik minta dimanja.

Setiap wanita manjanya berbeza. Tetapi ia bukan bermakna pasangan itu boleh memanjakan wanitanya setiap masa. Pastilah wanita itu kena mahir dalam melakukan segala-galanya bersendirian. Janganlah hanya pentingkan diri kamu.

5. Buat-buat manja.

Wanita yang buat-buat manja ini sebenarnya tidak manja. Tetapi lebih kepada gedik atau terkinja untuk menarik perhatian lelaki. Jika sudah ada pasangan pun mereka ini tetap mahu lelaki tertarik dengan dirinya. Kalau pilihan pasangan ini, risiko untuk berlaku curang itu tinggi lah juga.

Lima sifat manja ini mampu membuat lelaki cair, tetapi manja yang mana bakal anda peroleh. Jika manja yang baik, ia tentu menyeronokkan dan bahagia. Tetapi jika sebaliknya ubah lah ia menjadi wanita yang lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen