Suami Sebagai Wasilah Ke Syurga.

Oleh: Rafi

Beribadah dan beramal soleh, apabila dilakukan dengan ikhlas dan selari dengan sunnah akan membuahkan ganjaran syurga, dengan izin dan rahmat Allah. Akan tetapi apabila seseorang itu memiliki wasilah atau jalan khusus yang memudahkannya memperoleh keredhaan Allah dan mendapatkan syurga-Nya, sudah tentu ia lebih baik. Ini berdasarkan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang boleh menyampaikan kepada-Nya; dan bersungguh-sungguhlah berusaha pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan. [al-Maidah 5:35]

Bagi seorang wanita, memiliki seorang suami dan berbakti kepadanya merupakan wasilah yang dapat memudahkan jalannya ke arah keredhaan Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Ini kerana menunaikan hak suami bererti menunaikan hak Allah.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang wanita tidak akan memenuhi hak Rabb-Nya (Allah) sehinggalah dia memenuhi hak suaminya. [Shahih Sunan Ibn Majah, no:1843/1853]

Berkenaan suami sebagai wasilah ke syurga, hadis berikut menjadi rujukan. Hushain bin Mihshan menerangkan bahawa saudara perempuannya pernah mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kerana sesuatu keperluan. Setelah selesai, baginda bertanya kepadanya: 'Apakah kamu sudah bersuami?' Dia menjawab: 'Ya'. Baginda bertanya lagi: 'Bagaimana sikap kamu kepada suamimu?' Dia menjawab: 'Aku tidak pernah mengurangi haknya kecuali apa yang tidak mampu aku lakukan.'
Lantas baginda bersabda:

' Perhatikanlah bagaimana hubungan kamu dengannya kerana sesungguhnya dia (suamimu) tidak lain adalah syurgamu dan nerakamu.' [Musnad Ahmad, no: 18233/19003 dengan sanad yang mendekati darjat hasan].

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen