Lima Sebab Lelaki Introvert Adalah Pasangan Yang Terbaik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila mencari pasangan, kita akan meletakkan beberapa tanda aras atau ciri yang kita idamkan. Walaupun, jejaka idaman kita itu tidak memenuhi tetapi mesti ada ciri idaman kita. Sebenarnya dalam kita mencari lelaki idaman itu, kita perlu ketahui personaliti berbanding rupa paras dan bentuk fizikal. Berdasarkan psikologi, lelaki yang mempunyai personaliti introvert adalah antara pasangan yang terbaik.



Jom kita kenali lelaki introvert ini.

1. Mendengar lebih banyak dari bercakap.

Lelaki yang mempunyai personaliti introvert ini adalah lelaki yang memilih untuk mendengar berbanding untuk bercakap. Jadi ia sesuai dengan wanita yang sememangnya banyak bercakap dan pemalu. Apabila hubungan itu menjadi, lelaki ini akan memberi peluang pasangannya untuk meluahkan rasa hatinya.

2. Gemar isu yang mendalam.

Lelaki yang mempunyai personaliti introvert ini, mereka sukakan sesuatu yang mendalam dan serius. Jadi setiap topik perbualannya adalah sesuatu yang bernas dan berasas. Sehingga mampu membuat pihak sekelilingnya berfikir.

3. Sangat tenang.

Mereka ini juga dikatakan juga seorang yang amat tenang. Jadi jika berlaku pergaduhan antara dirinya dan pasangannya. Mereka pasti akan mengambil langkah untuk menenangkan diri. Jadi tidak adalah isu yang akan membuat mereka ini bergaduh panjang.


4. Hati-hati dalam percakapan.

Penggunaan kata-kata yang sopan ini juga mampu meruntuhkan hati mana-mana wanita. Ia bukan sahaja berhati-hati dalam percakapannya dengan pasangan malah dengan orang sekelilingnya. Jadi sejuk lah hati kita sikit ini.

5. Suka masa bersendirian.

Apabila sudah pendiam, mereka ini pasti seorang yang suka melakukan aktiviti yang berseorangan. Jadi tidak perlulah anda rasa insecure apabila si dia tidak membalas mesej anda. Paling tidak si dia sedang tidur.

Tetapi dalam pencarian janganlah hanya memfokuskan lelaki yang mempunyai personaliti introvert ini. Mungkin juga lelaki seperti ini tidak mempunyai keserasian dengan anda, tetapi anda serasi dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang lain. Mana tahu kan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen