Tiga Cara Kenal Pasti Adakah Si Dia Pasangan Serasi Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kepercayaan itu penting dalam perhubungan. Ia bagaikan tiang untuk mengukuhkan lagi hubungan tersebut. Walaupun kadang kala kita sangsi adakah pasangan kita adakah sesuai atau tidak dengan kita? Adakah hubungan ini akan terus bersama hingga ke akhir hayat? Meskipun ia berlegar-legar di kepala, anda perlu ada cara yang tersendiri untuk membuktikan bahawa si dia adalah pasangan yang paling sesuai dengan anda. Tapi anda perlu teliti perkara ini terdahulu.



Tiga perkara itu kita boleh lihat melalui:

1. Perbuatan daripada janji.

Dalam perhubungan ini, kalau perlu lebihkan perbuatan bukanya menabur segala janji. Walaupun ia sekadar kata-kata dan melafazkannya dengan mudah ia juga perlu ditunaikan. Setiap perbuatan yang ditunjukkan kepada pasangan untuk membuat pasangan bertambah sayang. Lagipun, perbuatan lebih mudah ditunjukkan berbanding hanya kata-kata yang sukar dipercayai. Jadi jika anda melihat pasangan anda lebih banyak melakukan perbuatan itu adalah calon yang sebenar. Biasanya yang janji ini tidak boleh pakai sangat.

2. Persekitaran hubungan yang sihat.

Jika anda betul-betul inginkan dirinya, anda dan pasangan cuba jalani satu perhubungan yang sihat. Di mana bebas perkara negatif seperti saling mencemburui, saling tidak mempercayai. Hal ini kerana ia akan mengeluarkan aura yang tidak begitu baik untuk persekitaran perhubungan. Ini bermakna, semakin kurang anda dan pasangan bergaduh serta bermasam muka, ia menunjukkan hubungan anda semakin sihat.


3. Luangkan masa yang berkualiti.

Lakukan pelbagai masa yang berkualiti demi menambat hati pasangan anda. Di samping itu menambah keyakinan pasangan anda. Jangan hanya menghabiskan masa dengan pelbagai perkara yang tidak faedah seperti bergaduh dan saling merajuk. Hal ini kerana ia akan menambah kesukaran untuk memilih. Lakukan aktiviti yang mampu membuat anda dan pasangan saling terikat. Jadi jika anda dan pasangan mendapat kata sepakat untuk lakukan perkara yang berfaedah ia menunjukkan bahawa anda dan dirinya serasi.

Kesimpulannya, jika si dia betul-betul serasi dengan anda, jangan tunjukkan aura-aura negatif padanya. Hal ini kerana untuk membuat ia menjadi pilihan yang mana sesuai sebagai calon pasangannya untuk bernikah. Bukanya sekadar untuk percintaan yang sia-sia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen