10 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Wanita Apabila Lelaki Mula Mencintai Mereka.

Seperti yang kita tahu, hati dan perasaan wanita sangat rumit untuk difahami. Ini kerana mereka sering bertindak mengikut emosi dan terlalu serabut. Jadi, bagaimana kita hendak mengetahui bahawa wanita itu benar-benar sudah mula merasakan cinta lelaki tersebut. Jom baca!

1. Wanita rasa dihargai. Wanita tidak akan lagi mempersoalkan pada pasangan, adakah mereka masih di sayangi, di cintai, atau di ambil berat. Mereka juga merasa amat yakin bahawa pasangan sentiasa tergila-gilakan mereka.

2. Wanita memberi peluang untuk lelaki membuat segala keputusan. Lelaki yang akan memilih restoran untuk makan tengah hari atau malam. Mereka juga tidak lagi menghantar whatsapp berkali-kali untuk menukar tarikh bertemu janji.

3. Perasaan paranoid wanita semakin hari, semakin menghilang. Di awal perkenalan, wanita terlalu paranoid dan insecure terhadap pasangan. Mereka terlalu banyak persoalan tentang pasangan dan gemar membuat andaian yang buruk. Mereka seolah-olah semakin mengerti jika lelaki itu lambat membalas whatsapp.

4. Wanita mula mempelajari untuk mencintai diri mereka sendiri. Apabila pasangan sering memuji kecantikkan mereka, dan sering meberi perhatian dengan penuh kasih sayang, wanita akan mulai mencintai diri mereka. Semakin lama, perasaan insecure mereka akan semakin hilang dan keyakinan mereka juga bertambah.



5. Kepercayaan wanita terhadap lelaki semakin pulih. Wanita tidak lagi was-was dengan gerak-geri pasangannya di mana sahaja mereka berada. Wanita mula mempercayai lelaki secara perlahan-lahan bahawa lelaki tersebut tidak akan berlaku curang.

6. Wanita juga tidak lagi memilih lelaki lain untuk berdamping dengan diri mereka ketika sunyi. Mereka mula memadam segala semua aplikasi yang boleh mengundang ke arah kecurangan. Mereka juga tidak sedar akan lelaki lain yang cuba mengorat dan menarik perhatian mereka.

7. Malah, wanita merasakan mereka telah berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintai diri mereka sehinggakan mereka merasakan tidak perlu untuk mencari yang lain.



8. Wanita mulai sedar bahawa lelaki yang menjadi pasangannya kini, benar-benar mengambil berat tentang mereka. Walaupun dengan perbuatan yang kecil, seperti mengiringi ketika melintas jalan, memberi paying ketika hujan, wanita mulai sedar bahawa mereka sebenarnya di sayangi.

9. Wanita merasakan diri mereka sudah mula diterima menjadi ahli keluarga pasangan. Perasaan di sisih oleh sahabat dan ahli keluarga si lelaki amat menakutkan para wanita.

10. Wanita semakin lama, semakin kurang merasakan tekanan. Mereka kurang berasa stress bersama pasangan dan semakin tenang malah bahagia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen