Wanita, Jangan Lakukan Empat Perkara Ini Selepas Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas berkahwin ia bagaikan satu perubahan yang baru dalam hidup kita. Di mana kita perlu mengatasi setiap masalah yang berlaku dalam rumah tangga kita tanpa memalukan kedua-dua belah pihak. Sebagai seorang wanita, perubahan tanggung jawab bukan hanya dari seorang isteri malah boleh bertukar menjadi ibu bila-bila masa sahaja. Semakin banyak tanggungan, semakin terabai banyak perkara. Jadi, jika ingin menjadi seorang isteri yang baik anda perlu teliti empat perkara ini.



Jom lihat empat perkara jangan lakukan dalam rumah tangga anda.

1. Lupa menghargai suami.

Apabila sudah berkahwin, seorang wanita biasanya akan merasa selamat sehinggakan dia sendiri lupa untuk menghargai suaminya. Seorang suami, biasanya melakukan tugas sebagai ketua keluarga. Jadi isteri perlu sentiasa menyokong, memuji dan menghargai suami agar terus bersemangat untuk melakukan rutin hariannya.

2. Menyediakan keperluan anak dahulu berbanding suami.

Setelah memiliki anak, biasanya tugas seorang isteri akan semakin bertambah. Di mana mereka terpaksa menguruskan kerjaya, rumah dan anak. Tetapi selalunya, seorang isteri dan ibu ini akan mengutamakan anaknya terdahulu berbanding bapanya. Maka si suami ini akan mula rasa terabai dengan tingkah laku isterinya.


3. Sentiasa mengawalnya.

Sudah lah tidak mahu dihargai, tapi tahu pula ingin mengawal setiap pergerakan suami. Ia akan menyebabkan suami anda berasa rimas dan tingkahnya terbatas. Sebagai seorang isteri, cuba longgarkan sedikit pengawalan ke atas suami anda. Biasanya makin ketat kita kawal suami kita, makin besar langkahnya untuk menipu.

4. Tidak berusaha untuk kelihatan cantik.

Ini kesilapan yang selalu wanita lakukan. Ketika bercinta, wanita itu akan menghias dirinya lebih dari segala-galanya. Tetapi apabila sudah berkahwin, seorang wanita terlalu sibuk sehinggakan mengabaikan kecantikan diri. Jadi, jika pasangan anda kurang melihat anda maka sedialah untuk mempercantikan semula.

Buat wanita yang bakal bergelar isteri, utamakan suami anda terdahulu, sebelum untuk memfokuskan perkara lain. Jika suami cari lain nanti cari baru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen