4 Sebab Mengapa Si Bujang Lebih Tertarik Pada Mereka Yang Telah Berkahwin.

Menjadi taboo apabila si bujang lebih memilih hak milik orang lain. Bukan sahaja wanita mahu memiliki suami orang, malah lelaki juga turut sama mahu mengejar isteri orang. Apakah yang terjadi sebenarnya pada masyarakat sehinggakan tidak percaya untuk menjalinkan hubungan dengan mereka yang masih single?

Bukan sahaja pada yang telah berkahwin, lelaki juga lebih gemar memilih janda daripada anak dara. Anak dara juga lebih memilih duda daripada yang teruna. Salah satu sebab berkemungkinan adalah harta yang di miliki oleh mereka.



Tetapi sikap peribadi yang bagaimana menjadi punca si bujang lebih gemar memilih pada mereka yang telah berkahwin? Jom baca!

1. Lebih memikirkan komitmen.

Mereka yang telah berkahwin sentiasa memikirkan komitmen pada keluarga. Ternyata, mereka yang bujang gagal untuk memberi komitmen pada pasangan, jadi mereka lebih memilih pasangan yang lebih teratur supaya hidup mereka tidak menjadi terlalu kelam kabut.

Mereka memerlukan seseorang yang pandai mengatur hidup mereka ke arah yang lebih terjamin.

2. Penuh dengan sifat kasih sayang.

Mereka yang telah berkahwin sudah tentu berpengalaman melayan pasangan dengan penuh kasih sayang. Mereka yang bujang seolah-olah inginkan kasih sayang tersebut yang tiada pada diri mereka sendiri. Oleh kerana itu, si bujang lebih gemar memilih mereka yang telah berkahwin.



3. Lebih sifat kekeluargaan.

Mereka yang telah berkahwin sudah tentu bijak menguruskan keluarga, dan mempunyai sifat keibu bapaan yang tinggi. Wanita yang lebih keibuan sangat memikat hati lelaki bujang kerana bijak melayan anak-anak kecil.

Lelaki yang mempunyai sifat kekeluargaan yang tinggi juga menarik perhatian si gadis, kerana lelaki jenis ini sangat romantik bagi mereka.

4. Terlalu obses untuk bersandiwara.

Tetapi jika mereka lebih memilih hak orang lain seperti suami atau isteri orang berbanding janda atau duda, berkemungkinan mereka gemarkan cabaran di dalam hidup dan berdrama. Malah mereka gemar mencetuskan drama yang tidak sedap mata masyarakat memandang.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen