Lima Kesalahan Dalam ‘Dating’ Yang Anda Lakukan Sehingga Si Dia Lari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan ini, pasti anda telah beberapa kali mengadakan pertemuan (dating) dengan calon pasangan anda. Mungkin pertemuan itu hanya mahu berkenalan dengan lebih rapat dan tahu isi hati budi masing-masing. Tetapi si dia masih belum mempunyai perasaan terhadap anda. Jadi pertemuan itu hanya sekadar kawan dan tidak lebih. Tetapi tiba-tiba si dia telah pergi dengan senyap tanpa mengendahkan anda lagi. Tanpa anda tahu apa punca dan sebabnya. Mungkin anda tersilap langkah sehingga menyebabkan si dia tidak berminat lagi terhadap anda.



Tapi anda tidak tahu apa yang telah anda lakukan? Mungkin ini lima kesalahan yang telah anda lakukan.

1. Abaikan emosi anda.

Anda seperti terlalu inginkan dirinya menjadi pasangan anda. Lalu anda mengabaikan emosi anda yang sebenarnya tidak menyukai dirinya. Jadi setiap pergerakan yang keluar dari anda seperti tersekat dan terhalang. Anda tidak boleh jadi diri anda sendiri sehinggakan si dia merasa tidak selesa.

2. Anda rasa dia orangnya.

Si dia belum memberi tindak balas yang baik dalam hubungan kalian. Tetapi anda sudah mula menyatakan si dia adalah orang yang tepat untuk anda. Jadi si dia dapat merasakan anda terlalu gelojoh sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

3. Terdesak.

Anda kelihatan begitu terdesak untuk memiliki pasangan. Jadi si dia nampak akan rasa terdesak anda. Si dia pula belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan anda.


4. Tunjukkan niat yang salah.

Setiap kali pertemuan anda dan dirinya, anda mempunyai niat yang salah. Di mana anda berkawan dengannya untuk menunjuk kepada rakan-rakan anda atau bekas kekasih anda. Jika niat mula dah salah apatah lagi jika nak menjadi serius nanti.

5. Terlalu mengejar.

Anda terlalu mengejarnya setiap masa. Anda akan menghubunginya setiap malam, berbalas pesanan dan pelbagai lagi. Anda tidak menunjukkan sedikit pun jual mahal anda untuk membuat dirinya tertarik terhadap anda.

Kesimpulannya, anda perlu bertindak secara perlahan untuk memiliki hati seseorang. Jangan terlalu gelojoh mengejarnya. Hal ini akan membuat dirinya tidak selesa. Dalam pertemuan baru yang akan datang, jangan lakukan kesalahan yang sama lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen