Jodoh Yang Baik Akan Lakukan 8 Perkara Ini Pada Anda.

Jika anda ingin mengetahui bahawa dia adalah jodoh anda yang terbaik atau jodoh yang paling serasi, jom ketahui perkara apa yang bakal dilakukan oleh mereka?

1. Si dia akan mengambil berat tentang anda.

Secara mental, fizikal dan emosi, si dia akan pastikan anda berada dalam keadaan yang baik. Secara mental, si dia akan memastikan anda berfikiran positif dan melakukan ke arah kebaikan bersama.

Secara fizikal, si dia akan membuat anda berasa tenang dan selesa. Dan secara emosi, mereka tidak akan membuat anda bertepuk sebelah tangan.



2. Si dia akan memastikan anda bertanggung jawab dalam segala hal.

Si dia mahu anda menjadi seorang yang bertanggung jawab atas segala yang anda telah lakukan, sama ada pekerjaan atau pelajaran. Si dia tidak mahu anda berputus asa di tengah jalan, malah si dia mahu melihat anda berjaya.

3. Si dia akan memaksa anda untuk bangkit.

Ketika anda menyerah kalah, di saat anda jatuh dan tiada siapa untuk membantu anda bangkit dari kegagalan, si dia datang dengan aura tersendiri yang membuatkan anda mahu bangun dari tidur. Kata-kata semangat si dia mampu mengubah kembali hidup anda.



4. Si dia akan mencabar anda.

Si dia sentiasa cuba mencabar diri anda untuk keluar daripada comfort zone anda. Si dia tidak mahu melihat anda dalam situasi dan suasana yang sama dan kelam. Si dia membawa anda ke tempat yang lebih mencabar akal minda anda supaya menjadi lebih semangat dan bertenaga.

5. Si dia menerima anda dengan seadanya.

Bagi mereka, anda ini seperti tiada cacat cela. Anda sangat sempurna di mata mereka. Mereka juga tidak pernah mempersoalkan kisah silam anda, kerana mereka sememangnya menerima anda yang sekarang. Tidak perlu mengungkit lagi kisah lepas.



6. Si dia akan memastikan anda mempunyai simpanan untuk masa hadapan.

Si dia tahu, kewangan adalah sangat penting untuk memastikan hubungan yang kukuh antara kalian berdua. Jadi, si dia sentiasa mengingatkan anda bahawa untuk menyimpan sedikit untuk masa hadapan. Tidak la nanti menyesal di kemudian hari.

7. Si dia akan memastikan anda gembira walaupun hidup ini sebenarnya perit.

Pasangan yang baik dan serasi, tidak akan sesekali cuba untuk membuat anda menangis dan kecewa. Jika anda gembira, mereka juga turut gembira.

8. Dan yang paling penting si dia mencintai anda dengan sepenuh hati.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan. Hanya ada cinta antara kalian berdua.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen