4 Perbezaan Antara Hubungan Yang Sia-Sia Dengan Hubungan Yang Serius. Anda Dan Pasangan Tergolong Dalam Hubungan Yang Mana?

Hubungan apakah yang terjalin antara anda dengan teman lelaki/wanita anda sekarang? Adakah ia nya hanya sia-sia, atau pun mahu terus ke jinjang pelamin? Jom baca!

1. Tentang masa depan.

Hubungan sia-sia: Anda dengan pasangan tidak pernah langsung membincangkan hal masa depan. Hubungan anda dengan pasangan seperti tiada arah tuju, dan kalian berdua hanya tahu untuk berseronok sahaja.

Hubungan yang serius: Topik atau isu yang selalu sering menjadi bahan perbualan adalah masa hadapan kalian berdua. Ke mana arah tuju, simpanan wang ringgit, harta malah tentang anak-anak.



2. Tentang hati dan perasaan.

Hubungan yang sia-sia: Anda sering tertanya-tanya tentang hati dan perasaan si dia. Adakah dia benar-benar serius atau pun tidak? Anda seolah-olah tidak mengambil kisah, tetapi jauh dalam hati anda risau malah anda tidak mahu kelihatan terhegeh-hegeh dan terdesak.

Hubungan yang serius: Anda tidak teragak-agak untuk menyatakan perasaan sebenar pada si dia, anda lebih telus tentang perasaan anda. Ini kerana anda khuatir, jika si dia tidak dapat selami perasaan anda.



3. Tentang sesuatu yang mengelirukan.

Hubungan yang sia-sia: Apabila anda keliru tentang sesuatu, anda hanya membiarkan sahaja. Tetapi minda anda bergerak aktif untuk menganalisa setiap pergerakan, text sms mahu pun reaksi muka si dia. Ini yang dikatakan gemar membuat andaian negatif.

Hubungan yang serius: Anda sering bertanya, dan jika si dia keliru, anda pasti akan terangkan apa yang sebenarnya berlaku. Anda dengan si dia tidak gemar berteka-teki.

4. Tentang status anda.

Hubungan yang sia-sia: Anda tertanya-tanya apakah status anda apabila bersama si dia? Adakah teman tapi mesra? Skandal? Adakah anda boleh mencari pasangan yang lain? Pengganti?

Hubungan yang serius: Anda dengan pasangan, masing-masing telah tetapkan status kalian berdua. “Awak, saya punya” dan “saya, awak punya”. Jadi di sini masing-masing akan berfikir panjang untuk curang atau mencari pengganti.

Oleh itu, hubungan yang sia-sia, atau anda dengan pasangan tidak mahu hubungan yang serius tanpa komitmen, menjadikan anda semakin keliru. Tiada arah tuju dan anda mahu berseronok sahaja. Tetapi ingat jangan permainkan hati dan perasaan orang lain, okay!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen