10 Perkara Yang Wanita Berdikari Tidak Akan Bertoleransi Dalam Hubungan.

Apakah perkara yang akan di pandang remeh oleh wanita yang kuat dan berdikari dalam hubungan? Jika pasangan anda adalah tergolong dalam wanita yang kuat dan berdikari, pastikan anda tidak lakukan perkara-perkara di bawah, jom baca!

1. Alasan.

Wanita yang berdikari tidak akan layan alasan anda yang tidak masuk akal. Jika sudah diberi peluang yang pertama, dan jika di beri peluang lagi untuk kali kedua, tiada yang ketiga lagi bagimu, wahai lelaki.



2. Tidak boleh diharap.

Wanita yang berdikari paling benci jika lelaki itu gemar membuat keputusan last minute. Anda sudah berjanji untuk bertemu pada jam 10, tetapi tiba-tiba anda membatalkan temu janji sesuka hati.

3. Tidak dihormat.

Walaupun di dalam perkahwinan memerlukan pasangan menghormati antara satu sama lain, apatah lagi yang baru hendak menjalinkan hubungan cinta. Jika wanita merasakan dirinya tidak dihormat, mereka tidak teragak-agak untuk menghilangkan diri tanpa kesan.

4. Di kongkong.

Wanita yang berdikari tidak gemar jika hidupnya di kongkong. Hati mereka keras dan degil. Lelaki jangan cuba memerintah wanita seperti ini untuk membuat sesuatu di luar kebiasaan mereka, tetapi memberi solusi setiap perkara yang mereka lakukan.



5. Pendirian tidak tetap.

Wanita yang berdikari adalah seorang yang berpendirian tetap. Mereka mempunyai matlamat dan perancangan dalam jangka masa yang panjang. Jadi, mereka tidak gemar pada lelaki yang tiada matlamat hidup.

6. Kejujuran.

Wanita yang berdikari sangat telus. Mereka tidak membuang masa untuk berteka-teki. Jika sesuatu yang berlaku pada dirinya ketika itu, anda akan ketahui saat itu juga.

7. Membazir masa.

Wanita yang berdikari paling pantang jika lelaki tidak tepati waktu dan masa. Mereka tidak akan menunggu lelaki tersebut sambil bermain dengan telefon bimbit, jika lambat, selamat tinggal.



8. Tiada sokongan.

Jika wanita berdikari merasakan lelaki tersebut sukar untuk memberi mereka sokongan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mencari pengganti. Ini kerana, mereka juga memerlukan sokongan daripada orang sekeliling.

9. Manipulasi.

Anda perlu tahu, wanita yang berdikari dan kuat sukar untuk dimanipulasi, kerana mereka bijak.

10. Cemburu.

Wanita yang kuat dan berdikari tidak mempunyai perasaan insecure dan paranoid, jadi mereka jarang untuk berasa cemburu pada pasangan, jika masih boleh percaya, mereka tidak akan membuang masa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen