Wanita Apabila Sudah Cinta, Dia Akan Setia.

Kebanyakkan wanita akan setia pada yang satu. Jarang kita melihat seorang wanita sanggup kehilangan seorang lelaki dengan alasan yang remeh temeh. Melainkan wanita tersebut hanya menginginkan harta dan pangkat daripada seorang lelaki.

Kesetiaan mereka didorong atas faktor emosi. Mudah jatuh cinta dan mudah juga untuk memberikan cinta kepada seseorang. Tetapi, usahlah mengambil kesempatan atas faktor tersebut. Jika kau seorang lelaki sejati, kau akan menjaganya. Bukan merosakkannya.



Ketika dia mencintai seseorang, dia akan tetap bersama walau dalam keadaan susah mahupun senang. Sewaktu lelaki tersebut memerlukan pertolongan, dialah yang pertama akan menghulurkan bantuan dengan sesegera mungkin.

Wanita yang baik, dia akan menjaga dirinya sebelum menjadi hak lelaki tersebut. Maka, tidak usah diragukan cintanya. Jika sudah menjadi halal bagi seorang lelaki, percayalah, seorang lelaki itu akan menjadi cinta pertama dan terakhir buatnya.


Maka, setia jugalah seorang lelaki kepada wanita tersebut. Jangan pernah melukainya, jika ada kekurangan terhadapnya. Tegurlah dengan cara yang berhemah, tutuplah kelemahan tersebut dengan kelebihan yang kau ada.

Tetapi, jangan pernah lupa. Wanita juga mempunyai hati dan perasaan. Usahlah mempermainkan dirinya. Jika seorang lelaki mempunyai orang lain yang tidak diketahuinya, bersiaplah seorang lelaki,dia cepat akan terasa bahang tersebut. Lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi isteri. Perasaan tersebut kemungkinan dirahsiakan, apabila tiba masanya, perang melanda. Oleh itu, usah membuat hal sedemikian.

Apabila dilukai, maaf wahai lelaki, kemungkinan dia akan lari dan ada juga yang tidak ingin bersama terus setelah itu. Kerana kekecewaan tersebut sangat mendalam baginya. Dia lebih rela hidup bersendirian daripada tetap bersama dengan orang yang pernah melukainya dahulu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen