5 Cara Untuk Mengelakkan Pasangan Anda Curang.

Di dalam perkahwinan atau hubungan antara dua kekasih, curang sudah menjadi taboo pada masyarakat. Pihak ketiga yang datang pada pasangan, atau pasangan yang telah bosan dengan anda.



Jadi, untuk memastikan hubungan kalian berdua kekal lama, anda perlu mengikuti cara-cara di bawah supaya pasangan tidak berlaku curang pada anda, jom baca!

1. Jangan terlalu mengongkong si dia.

Jangan terlalu mengawal pasangan, sehinggakan si dia merasakan anda sangat merimaskan. Jangan terlalu cemburu buta. Jika anda terlihat pasangan keluar berdua dengan berlainan jantina, jangan membuat keputusan terburu-buru.

Jangan terus membuat andaian yang buruk. Pastikan anda bertanya dahulu siapakah gerangan insan tersebut. Jika anda sentiasa dengan andaian negatif dan terlalu mengongkong, pasangan akan menjadi bosan dan mencari pengganti.



2. Jangan membuat dirinya bosan dengan anda.

Jangan membuatkan hubungan anda dengan pasangan menjadi hambar. Jangan lakukan aktiviti yang sama setiap hari. Jangan memasak dan menghidangkan makanan yang sama setiap hari. Jangan memakai pakaian yang sama setiap hari. Jangan bertanya kan soalan yang sama setiap hari seperti “Awak, sayang saya tak?”. Bosan!

3. Jangan membuatkan si dia rasa tidak dihargai.

Ucaplah terima kasih jika pasangan menolong anda dalam apa jua situasi sekali pun. Ucapkan maaf jika anda membuat silap. Sentiasa memberikan kata-kata pujian. Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat pasangan.

Selain daripada itu, jangan memperkecilkan tanggungjawab seorang lelaki jika anda sebagai wanita lebih berumur, bekerjaya dan berpelajaran daripada si suami. Hormat dan hargai lah mereka.



4. Jangan sering merasakan terlalu tidak selamat atau insecure.

Jika anda sering mudah merasa insecure, ini akan merosakkan hubungan kalian berdua. Anda akan sentiasa meragui pasangan dan menuduh si dia perkara yang mungkin tidak begitu serius.

Kebimbangan yang tidak rasional boleh menjauhkan diri anda daripada si dia. Ingatkan diri anda bahawa perasaan tidak selamat yang melampau adalah tidak baik bagi mana-mana hubungan.

5. Jangan pinggirkan luahan hati mereka.

Apabila seorang lelaki tidak berpuas hati dengan hubungannya, dia akan memberikan petunjuk tidak kira dari segi emosi mahu pun fizikal. Segala kata-kata si dia dan gerak fizikal boleh menunjukkan bahawa hubungan seperti ada yang tidak kena. Anda perlu peka, dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Jangan membuat ‘dek’ pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen