Mengapa Perlunya Kesetiaan Dalam Perhubungan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesetiaan itu adalah satu perkara yang perlu ada dalam setiap perhubungan yang dibina. Ia bagaikan satu rencah yang enak jika dimasukkan di dalam masakkan. Ia bukan sebagai penambah rasa tetapi ia adalah bahan yang utama. Jika tidak ada bahan ini maka tidak sedaplah masakkan itu. Sama juga dalam perhubungan, jika tidak ada kesetiaan ini, maka tidak bahagialah perhubungan itu. Jadi dalam perhubungan, kedua-dua pihak perlu memberi kesetiaan yang sesungguhnya demi kebahagian pasangan dan diri sendiri. Jika tidak ingin setia untuk apa libatkan diri dalam percintaan.



Maka dengan itu, lahirlah lima sebab mengapa pentingnya kesetiaan di dalam satu perhubungan.

1. Kerana hati.

Setiap orang mempunyai hati yang takut terluka atau dilukai. Jadi apa pentingnya hati dalam kesetiaan ini? Hati memainkan peranan yang teramat penting. Jika kita melihat pasangan kita bersama dengan yang lain, apa kita rasa? Terluka? Sakit? Kecewa? Itu semua rasa yang datang dari hati. Seseorang juga boleh mengalami kemurungan dengan mempunyai luka di hati. Oleh sebab itulah kesetiaan itu penting.

2. Keutamaan.

Apabila pasangan kita setia, ia menunjukkan kita adalah keutamaan dirinya. Jadi tidak anda yang kedua dan hanya anda sahaja yang akan diberikan perhatian. Anda juga tidak perlu berebut keutamaannya bersama dengan orang lain. Dan si dia akan meluangkan masa dengan anda sebanyak yang mungkin, sebab anda yang paling utama.

3. Perjuangan akan menjadi kuat.

Seorang yang setia itu berjuang hebat dengan godaan di sekelilingnya. Kenapa? Hal ini kerana setiap dugaan yang datang menggodanya dapat ditepis dan akhirnya setia pada yang satu. Apabila menepis dugaan ini, ia menunjukkan satu perjuangan dan pengorbanan yang hebat. Mana tidaknya, pada ketika ini lah yang datang itu akan lebih baik dari pasangan kita.


4. Salah dapat dimaafkan.

Apabila dalam satu hubungan yang penuh kesetiaan, setiap kesalahan yang dilakukan dapat dimaafkan dengan mudah. Walaupun ia melukakan. Tetapi luka yang anda tidak sama dengan luka melihat pasangan kita berbahagia dengan orang lain.

5. Lebih menghormati.

Bagaimana untuk menghormati pasangan? Dengan melalui kesetiaan yang kita berikan kepadanya. Jika tidak setia bagaimana mahu menghormati pasangan? Yelah, sebab kita rasa bebas tanpa ada yang menghalang. Jika kita setia, kita tahu kita mempunyai si dia sebagai halangan dan perlu menghormatinya.

Oleh sebab itu, kesetiaan ini amat penting dalam perhubungan. Jika anda rasa anda tidak boleh setia, maka adalah lebih elok jika anda tidak melibatkan diri dalam perhubungan. Kesetiaan itu sangat penting walaupun di dalam poligami.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen