5 Tips Mengekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan.

Dalam perhubungan, semestinya kita mengharapkan ia terus kekal sehingga akhir hayat. Sama ada seorang lelaki mahupun wanita, perlulah sama-sama melakukan perkara yang disenaraikan agar perhubungan dapat dieratkan. Antara yang boleh diusahakan bagi mengekalkan kebahagiaan dalam perhubungan adalah dengan:



1. Memberikan hadiah.

Sama ada ketika susah mahupun senang, jika mempunyai lebihan wang, tidak salah kiranya kita memberikan hadiah dalam pelbagai rupa yang disukai pasangan. Adalah lebih elok kita memberikan hadiah yang disukainya. Tetapi lihatlah kesesuaian. Wanita sukakan perhiasan, lelaki sukakan barang keperluan.

2. Kejutan.

Sesekali kita membuat kejutan, akan mendatangkan kebahagiaan kepada pasangan. Buatlah mengikut kreativiti. Tidak semestinya menggunakan barang yang mahal, tetapi olahlah sesuatu walaupun nilainya kecil, tetapi besar nilai sentimental terhadap pasangan. Itu yang lebih penting.

3. Kata-kata.

Wanita suka lelaki yang romantis. Kata-kata yang manis keluar dari pasangan yang disayangi membuat dia tersipu malu. Ini adalah hakikat. Lelaki pula sukakan pujian. Dengan pujian membuatkan dirinya seperti hero penyelamat dunia. Sesuai dengan sifatnya iaitu pelindung kepada wanita.

4. Bantuan.

Walaupun bantuan yang dilakukan tidak seberapa, dengan bantuan itulah menyebabkan hubungan bertambah erat. Hal yang kecil selalu dipandang remeh inilah kadang kala tidak diambil peduli. Misal kata, apabila anda selalu membantu membuang sampah, tetapi satu hari anda tidak dapat membantunya atas hal-hal tertentu, sudah tentunya pasangan merasa kehilangan anda walaupun ianya hanyalah sementara. Nampak remeh kan? Tapi hal yang remeh inilah mempunyai nilai yang amat besar bagi pasangan.

5. Komunikasi.

Komunikasi adalah perkara penting dalam perhubungan. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga, bahkan apabila anda dan pasangan berada di dalam situasi perkahwinan jarah jauh (PJJ). Bertanya khabarlah walau seketika. Apabila pasangan pulang, sambut kepulangan pasangan dengan baik. Jika berjauhan, wajibkan setiap hari untuk selalu berhubung walaupun dalam keadaan sibuk bagi pasangan yang telah berkahwin.


Oleh itu, lakukanlah hal ini mengikut kemampuan masing-masing supaya pasangan rasa terhibur dan gembira bersama anda. Tidak mengapalah pasangan kurang memberi. Yang penting kita selalu memberi dengan ikhlas. “Memberilah sebanyak-banyaknya. Bukan menerima sebanyak-banyakkannya.”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen