Perhubungan Itu Perlu Ada Masam Dan Manis.

Dalam perhubungan, tidak semestinya sebuah pasangan akan menjalani hidup yang bahagia sahaja. Sudah tentunya akan berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup. Samaada bergelar tunang mahupun suami isteri. Masing-masing mempunyai cabaran yang tersendiri.

Perhubungan itu perlu ada masam dan masin, barulah akan terasa enak. Macam mak-mak masak, “tambah sedikit gula, kemudian garam secubit.” Jadikan pengalaman masam itu sebagai teladan dimasa hadapan, dan yang manis itu sebagai kenangan abadi.



Apabila pasangan sedang bahagia bersama anda, usah sekali menghilangkan moodnya. Teruskan membahagiakan mereka sehingga akhir hayat. Berusaha mengembirakan pasangan dengan apa jua cara yang disuakainya. Dengan demikian, perhubungan antara anda dan pasangan dapat berkekalan.

Ketika dilanda dugaan pula, tempuhlah dengan hati terbuka. Berfikiran positiflah dalam apa jua keadaan. Tentunya disebalik musibah terkandung hikmah yang tersembunyi yang belum diketahui oleh kita. Hikmah tersebut akan kita lihat apabila kita tetap bersabar dan tenang.


Percayalah. Dengan dugaan tersebut akan mematangkan perhubungan antara anda dan pasangan. Apapun dinasihatkan agar tidak terkecundang ke lubang yang sama. Apabila masih berterusan mendapat ujian yang sama, ubahlah strategi dalam memperbaiki perhubungan.

Kemungkinan masalah yang timbul disebabkan oleh kita sendiri. Maka, bermuhasabahlah seketika merenung kembali kesilapan yang pernah dilakukan. Perbaiki dari masa ke semasa. Dengan perubahan tersebut, mudah-mudahan pasangan dan anda dapat membina perhubungan yang bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen