Sebab Perkahwinan Di Usia Matang Lebih Utuh.

Kadang, ramai orang yang sedih apabila lambat bertemu jodoh. Tetapi disebalik ujian tersebut terkandung hikmah-hikmah yang tersembunyi yang apabila diselidiki, baru membuatkan kita terfikir dan terus bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita. Walau pedih diawalnya, tetapi manis dipenghujung. Antara sebab dikatakan perkahwinan di usia matang lebih utuh kerana:



1. Menghargai cinta.

Apabila seseorang diuji, dia akan lebih menghargai sesuatu berbanding dengan orang yang sentiasa dalam keadaan baik. Berada di zon selesa menyebabkan seseorang cepat mempersia-siakan nikmat yang telah diberikan. Begitu juga apabila Allah mengurniakan seseorang anak dalam tempoh masa perkahwinan yang lama. Apabila pasangan tersebut dikurniakan anak setelah menunggu lama, dia pastinya akan menjaga anak itu sesempurna mungkin.

2. Ekonomi stabil.

Ketika bujang, mereka mampu memanfaatkan wang dengan sebaik mungkin. Oleh itu apabila sudah berumah tangga, mereka telah mempunyai rumah, kereta dan aset yang lain tanpa perlu bersusah payah di awal perkahwinan. Bukankah itu suatu keuntungan? Maka, bersyukurlah dengan apa jua keadaan kita.

3. Pemikiran matang.

Tentunya apabila sudah meningkat dewasa, mereka lebih memikirkan masa depan berbanding kehidupan untuk berfoya-foya. Apabila berumah tangga, mereka siap menghadapi apa jua ujian dengan lebih tenang. Kerana mereka lebih pandai mengawal emosi ketika ini.

4. Kesedaran agama.

Tentunya apabila telah meningkat dewasa, kesedaran untuk mengamalkan ajaran Islam itu lebih diambil berat berbanding dengan pasangan muda. Malah mereka mampu faham dengan lebih jelas hal-hal keagamaan di usia tersebut kerana telah bersiap sedia untuk menjadi ketua keluarga mahupun seorang pendamping suami.


Oleh itu, bersedih apabila diuji dengan lambatnya perkahwinan adalah tidak digalakkan. Berfikir positif dan terus ke depan. Dengan sikap begitu akan membuatkan hidup lebih tenang tanpa diganggu oleh pemikiran masyarakat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen