Teknik Mencari Pasangan Di Hujung Jari.

Di dunia yang serba moden sekarang, manusia dapat memanfaatkan teknologi dengan sebaik mungkin jika digunakan melalui cara yang betul. Mencari pasangan melalui internet bukanlah sesuatu yang janggal ketika ini. Malah sudah menjadi kebiasaan masyarakat untuk memanfaatkan sebaik mungkin teknologi yang ada. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mencari pasangan di internet adalah dengan:



1. Maklumat calon.

Maklumat peribadi seorang yang baru dikenali hendaklah diselidiki terlebih dahulu. Jangan sampai kita tertipu dengan maklumat yang diberikan. Adalah lebih baik mendaftarkan diri dengan agen yang dipercayai supaya kita lebih yakin dengan maklumat yang disampaikan.

2. Maklumat peribadi.

Berikan maklumat yang diperlukan sahaja tanpa memperincikan data tersebut supaya kita mengundang sebarang masalah kelak. Apapun, kita juga hendaklah jujur dalam memberikan maklumat. Risau kelak akan menjadi isu besar antara anda dan pasangan, lebih menakutkan lagi apabila viral di media sosial.

3. Kenali karekter.

Untuk mencari pasangan hidup, kita hendaklah memilih pasangan yang mempunyai peribadi yang baik serta taat kepada perintah agama. Selidikilah maklumat melalui apa sahaja cara tanpa melanggar undang-undang agama dan negara. Pastikan maklumat itu sahih dan boleh dipercayai.

4. Pertemuan.

Apabila ingin berjumpa dengan pasangan, pastikan anda membawa mahram. Adalah lebih baik berjumpa terus dengan ibu bapa untuk menunjukkan kesungguhan kedua-duanya bagi mendirikan rumah tangga.

5. Doa.

Apapun, berdoalah kepada Allah agar diberikan pasangan yang baik. Lakukan solat sunat istikarah untuk mendapatkan petunjuk. Berbincang dengan ahli keluarga serta rakan terdekat untuk mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. Kemudian barulah tetapkan keputusan yang tepat samaada memilih si dia mahupun tidak.


Jadi, usahlah berputus asa dalam mencari jodoh. Jika Allah mahu memberi jodoh kepada kita, dia akan memberikan pasangan hidup dimasa yang tepat. Yang penting, kita perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh tersebut. Kerana “siapa yang berusaha, dia akan berjaya.”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen