Apakah Jenis Cinta Anda Terhadap Si Dia?

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai cinta, seolah-olah semua orang tahu apa itu cinta. Dan bagaimana mereka mencintai pasangan mereka. Dan seberapa besarnya cinta mereka ini. Ramai yang tahu mengenai cinta. Tetapi tidak ramai yang tahu jenis cinta mereka terhadap orang yang mereka cintai itu. Jenis-jenis cinta ini lah yang membuktikan tujuan sebenar anda bersama dengan dirinya.



Jadi, apa jenis cinta anda itu? Adakah ia sesuatu yang baik atau tidak.

1. Cinta dengan hati yang ikhlas.

Cinta ini adalah apabila anda tidak memandang rupanya, warna kulitnya, pelajarannya, hartanya, kisah silamnya dan pelbagai lagi. Apa yang anda tahu, anda menerima segala kekurangannya sebagai satu kelebihan. Anda juga bersedia melengkapi dan membimbing dirinya untuk menuju ke jalan yang lebih baik. Siapa dia terdahulu itu tidak penting, tetapi bagi anda siapa dirinya sekarang itu adalah penting.

2. Cinta dalam diam.

Anda berdiam bukan kerana anda membencinya. Tetapi kerana terlalu mencintainya. Anda takut hadirnya anda dan dirinya dalam satu perhubungan itu akan membawa anda ke jalan yang tidak baik. Jadi anda lebih memilih untuk menyimpan cinta anda ke dalam hati. Dan percaya akan jodoh yang telah diaturkan oleh-Nya.

3. Cinta dari jauh.

Anda hanya mampu melihat dirinya, tidak mampu memilikinya. Kerana apa? Kerana si dia sudah menjadi orang lain. Tetapi anda redha akan jodoh milikinya. Walaupun begitu, hati dan perasaan anda masih miliknya. Jadi anda memilih untuk mencintainya dari jauh. Mana tahu, ia bakal menjadi jodoh anda pula nanti. Jadi anda lebih rela menjadi penunggu.


4. Cinta dengan kesederhanaan.

Cinta ini pula apabila anda dan dirinya menjalinkan satu perhubungan. Tetapi siapa yang tahu akan hubungan itu? Hanya anda dan dirinya. Cinta ini anda tidak hebohkan bukan kerana dirinya malu menerima anda. Tetapi kerana tidak mahu malukan dirinya dan anda. Mengapa? Bagaimana kalau hubungan yang dibina putus di tengah jalan. Jadi adalah lebih baik jika hubungan itu dalam tahap kesederhanaan sahaja, tidak melebih-lebih.

5. Cinta kerana nafsu.

Cinta itu melibatkan perasaan bukannya melibatkan nafsu. Anda mencintai dirinya hanya kerana si dia mampu melepaskan keinginan yang anda ingini. Tetapi apabila dirinya mengajak anda untuk ke jalan yang sah di sisi agama. Anda tidak boleh menerima. Kerana apa? Kerana anda mempergunakan dirinya untuk kepentingan nafsu anda. Bukan kerana anda benar-benar mencintai dirinya.

6. Cinta kerana dirinya mencintai anda.

Ini adalah untuk mereka yang saling mencintai antara satu sama lain. Mereka yang inginkan satu ikatan yang sah. Mereka juga lah yang berjuang untuk membina satu keluarga yang bahagia. Cinta mereka ini meliputi segala-galanya. Di mana akan menegur kekurangan pasangan. Menerima segala kelebihan pasangan. Cinta yang sememangnya di balas antara satu sama lain.

Jadi yang mana jenis cinta anda? Ketahui lah, jika si dia itu jodoh anda, berlari lah ke mana sahaja si dia akan tetap kembali menjadi milik anda. Cintai lah dirinya sebagaimana sekali pun, tetapi jangan sesekali mencintainya kerana nafsu kerana ia adalah satu perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen