Faktor Wanita Memilih Pasangan Yang Dewasa Daripadanya.

Jodoh adalah rahsia Allah. Tapi kita boleh memilih pasangan mengikut kemahuan masing-masing berdasarkan karakter-karakter yang ditonjolkan. Sudah tentunya setiap manusia mempunyai kriteria yang tersendiri yang diidamkan bagi seorang pasangan. Bagi seorang wanita, kebanyakkan wanita lebih menyukai untuk memilih pasangan yang lebih dewasa. Bukanlah terlalu tua. Tetapi mereka dikatogerikan diantara umur 26 hingga 35. Antara faktor tersebut adalah:



1. Kematangan.

Lelaki yang lebih berusia daripadanya akan lebih matang dalam membuat keputusan. Bukanlah bermaksud mereka tidak boleh bergurau senda. Tetapi dalam hal yang serius, mereka boleh membuat keputusan yang tepat tanpa banyak bermain-main. Itu yang dimahukan oleh seorang wanita.

2. Wajah.

Sudah tentunya wanita ingin kelihatan muda sentiasa. Oleh itu, dengan adanya pasangan yang lebih dewasa, memperlihatkan dia seorang yang muda dan sentiasa dalam keadaan cantik. Apapun, penampilan tetap perlu dijaga bukan? Wajah lelaki yang dewasa juga akan menjadikan lelaki tersebut lebih macho. Jadi, kelihatan sepadan apabila bersama.

3. Kewangan.

“Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang.” Itulah hakikat apabila berada di zaman sekarang. Lelaki dewasa yang faham tuntutan agama akan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dengan faktor lebih dewasa juga, dia mempunyai kewangan yang kukuh untuk membina rumah tangga. maka, apabila dia mempunyai kewangan yang baik serta bertanggungjawab, menjadikan rumah tangga akan lebih bahagia.

4. Fizikal.

Lelaki yang berusia 26 hingga 35 mempunyai penampilan yang baik sekiranya dia menjaga pemakanan yang sentiasa bersenam. Dengan penampilan tersebut membuatkan wanita lebih tertarik untuk memilih pasangan di usia tersebut. Lelaki muda kebanyakkannya masih memandang enteng hal penampilan.

5. Kefahaman agama.

Kesedaran untuk menambah ilmu dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih terdorong kepada lelaki yang dewasa. Mereka sedar bahawa dengan agama, mereka dapat membina keluarga dengan baik.


Ini antara faktor-faktor wanita memilih lelaki matang daripada mereka. Apapun, terpulang kepada pendirian masing-masing dalam memilih pasangan hidup. Yang lebih utama, dia merasa selesa dengan pasangan yang ingin dinikahi nanti. Tetapi, disarankan agar memilih pasangan yang elok budi pekertinya serta mengamalkan agama dengan baik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen