Teknik Mudah Menghadapi Pasangan Panas Baran.

Setiap manusia mempunyai pelbagai karekter, dan setiap manusia mempunyai karekter yang berbeza beza. Ia juga banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan suasana. Boleh jadi juga disebabkan pengaruh keluarga, rakan dan pasangan.

Api, jangan dibalas dengan api. Tetapi api perlu disiram dengan air supaya keadaan menjadi reda. Begitu juga apabila anda menghadapi pasangan yang cepat panas baran. Anda perlu menjadi manusia yang sentiasa tenang walaupun sebelum ini anda bukanlah orang seperti itu pun.



Tidak mengapa. Mungkin saja Allah ingin melatih kita supaya menjadi orang yang sabar dan kuat apabila menghadapi situasi tersebut. Kadang kala kita pelik. Kita berdoa agar Allah menjadikan kita seorang yang sabar, tetapi Allah mendatangkan lagi ujian yang bertimpa-timpa setelah itu. Sebenarnya dengan ujian tersebut, ia dapat melatih kita kearah kesabaran tersebut. Jadi, tetap teruskan semangat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam.
[HR Bukhari]

Berdasarkan hadis tersebut, maka kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran. Apabila kita berada di situasi genting, adalah elok sekiranya kita membalas pertelingkahan tersebut dengan perkataan yang baik tanpa memperbesarkan lagi keadaan.



Salah satu teknik lain juga adalah dengan berdiam diri. Jika masih berterusan juga, lelaki disarankan agar meninggalkan wanita tersebut. Apabila reda, datangilah mereka dengan baik. Wanita sebaiknya berada di rumah dan tenang. Mungkin boleh bersendirian di dalam bilik mahupun melakukan aktiviti yang berfaedah untuk melupakan hal tersebut.

Oleh itu, dengan teknik yang begitu mudah ini diharapkan memberi manfaat kepada pembaca. “mengalah itu tak bererti kalah.” Jadi, tidak perlulah membuang masa dengan perkara yang remeh temeh. Jika melibatkan hal yang besar, maka selesaikan dengan elok. Iaitu mengambil pendekatan berkata baik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen