Kita Ikhlas Nak Orang Tu Tapi Ini 16 Punca Kenapa Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki.

Oleh: Rafi

Perempuan ni kalau dia dah sayang seorang lelaki tu, dia akan sayang seorang je la. Tiada kedua atau ketiga, dan dia akan setia pada seorang. Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan kamu secara tiba-tiba. Pada masa itu, kamu sendiri akan tertanya-tanya apa salah kamu yang telah kamu lakukan terhadap dia. Mungkin kamu merasakan dia kejam tapi kamu tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat kamu itu. Tapi kalau kes lain tu, aku tak tahu lah..kita fokus kepada 16 sebab kenapa wanita tawar hati? Sebenarnya nak bagi banyak lagi tapi kita ambil point yang penting-penting sahaja.



1. Sering ditipu.

Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal pekenalan pun kamu sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar kamu diberi kemaafkan tapi masih terus menipu. Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa. Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.

2. Tidak mengambil berat.

Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama teman, games ada masa pula...setakat nak tanya khabar buah hati tak ada masa. Kadang-kadang whatapps online tapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun dah baca mesej. Konon korang ingat dia dah jadi awek atau tunang korang so 'tak perlu nak take care sangat' sebab rasa 'memiliki' dan 'zon selesa' tak sama macam zaman nak tackle dulu. Itu adalah silap besar, semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat..habis tu kalau dah nikah nanti kau boleh tinggal-tinggalkan bini kau macam tu aje ke sebab dah 'memiliki keseluruhan'.



3. Curang.

Curang ni banyak kategori tapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tak berbunyi melainkan kamu tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ni dah ada tunang, so memang la tunang dia ni untuk dinikahi tapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak tu? Lepas tu terkantoi mesej mesra dengan perempuan lain. Alasan saja suka-suka tapi setia pada yang satu. Kalau setia tak adanya spare-spare stock suka-suka.

4. Panas baran.

Paling perempuan tak suka adalah sikap panas baran. Ada je masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti yer...api tak boleh lawan api...carilah penyejuk.

5. Suka maki hamun.

Bergaduh je semua perkataan kesat dah keluar. Perempuan akan fikir, jika sebelum nikah dah pandai memaki hamun..mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.

6. Terlalu ego.

Lelaki memang ego tapi kalau sampai tak boleh bertolak-ansur dan tak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala hotak sendiri je.

7. Tidak pandai pujuk.

Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.



8. Tidak serius dalam hubungan.

Konon hubungan dah lama tapi tanda-tanda serius itu tak ada. Nak ajak bertunang pun tidak..inikan pula nak ajak kahwin. Tapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada. Don't trust words, trust actions

9. Tidak tetap pendirian.

Hari ini cakap macam ni, esok cakap macam tu.. Bak kata orang 'jenis tak boleh pakai punya orang'. Kamu sendiri tidak pasti dengan apa yang kamu lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.

10. Kurang memahami.

Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

11. Suka kongkong dan memaksa.

Kongkong boleh tapi ada limitnya, jangan cemburu buta. Kamu suka dia jadi orang yang kamu nak tapi bukan kamu menerima dia seadanya.

12. Tidak percaya.

Semua benda nak siasat. Nak perempuan percaya dia tapi lelaki langsung tak percaya. Krisis sikit mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini.



13. Kedekut dan berkira.

Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?

14. Suka pinjam wang perempuan.

Makin bagi muka makin naik lemak..lastly pijak kepala. Kalau dah perempuan kena tanggung kamu..janganlah jadi lelaki. Kalau lelaki tu 'bermaruah' dia takkan pinjam duit perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah jenis buat perempuan macam mesin ATM.

15. Tidak ikhlas.

Niat asal kamu untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada 'udang sebalik mee goreng mamak', mungkin sebab wanita tersebut berduit, pangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan. Jika wanita itu bijak dan perasan teknik kamu yang cuma nak jadi perasit sahaja lebih baik cepat-cepat cantas perasit tersebut. Sebab? tak perlu nak tanggung biawak hidup yang memang menyusahkan.

16. Diabaikan.

Orang lelaki masa mula2 nak mengorat orang perempuan bukan main lagi bersungguh. Bagi ayat manis tahap diabetes. Tiap hari mesej & call pujuk rayu itu ini tapi bila dah dapat hati prempuan tu, korang buat tak tahu pulak. Sejujurnya, orang perempuan tak suka diabaikan. Bila dia commit dengan kau maknanya memang dia gilakan perhatian korang. Faham tak? So, hargailah orang yang masih bersama dengan kita di saat susah senang. Bila sudah tiada jangan menyesal sudahlah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen