Jika Ingin Jodoh Yang Baik, Amalkan Adab Dan Cara-Cara Yang Mudah Untuk Memohon Kemaafan.

Ingin bertemu jodoh yang baik, anda sendiri perlu mengubah diri untuk menjadi orang yang baik-baik dan mudah memaafkan kesalahan orang lain. Malah anda sendiri juga perlu lah menerima segala nasihat dan kritikan dengan hati yang terbuka supaya orang tidak takut untuk mendekati diri anda.

Jadi, ketika anda membuat kesilapan, jangan lah anda menjadi seorang yang ego dan menganggap tiada apa-apa yang berlaku, anda perlu berani mengaku bahawa anda melakukan sesuatu kesilapan tersebut.



Jom baca, adab dan cara-cara untuk memohon kemaafan!

1. Jujur dikala menghadapi masalah.

Anda harus bersikap terbuka. Usah ragu-ragu menjelaskan masalah sebenar yang anda hadapi. Jika masalah itu adalah kesilapan, ia pasti difahami. Kata kuncinya, sila beri penjelasan dan bukannya alasan.

2. Berani mengakui kesalahan.

Usah lah anda sesekali malu mengakui kesalahan tersebut. Anda perlu berani berdepan dengan kesilapan diri sendiri malah ia adalah ciri-ciri orang yang berjiwa besar.



3. Menyesal.

Anda perlu menyatakan rasa kesal dengan sejujur dan seikhlas hati. Sekiranya anda berdoa dan bertaubat, pasti orang sekeliling akan nampak anda bersungguh-sungguh dan menyesal dengan tindakan anda.

4. Sedia untuk berubah.

Anda perlu sedia untuk berubah! Maaf dan penyesalan harus disusuli dengan perubahan sikap yang dijanjikan. Mengulangi sikap yang sama bermaksud anda akan mencabuli kemuliaan erti maaf-bermaafan.



5. Gembirakan hati mereka.

Tidak kisah pada sesiapa sahaja, usai sahaja meminta maaf, anda perlu melakukan perkara yang dapat menyenangkan hati mereka. Jika perlu, berikan perhatian yang lebih daripada biasa terutamanya pada pasangan. Anda perlu bijak untuk mengambil hati mereka, supaya amarahnya kembali tenang.

6. Sedia dikritik.

Usah sesekali mengamalkan sikap anda sahaja yang selalu betul. Lapangkan hati menerima kritikan atau pandangan adalah salah satu cara untuk minimumkan angkara salah faham atau pertengkaran. Senang kata, “Dah pandai buat salah tu, pandailah tanggung padahnya”.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen