Mengapa Cinta Pertama Itu Sukar Dilupakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai cinta pertama ini, hampir kesemua orang akan mengalaminya. Cuma yang membezakan cerita setiap orang itu adalah pengakhiran cerita seseorang itu. Sama bersama dengan cinta pertamanya atau sudah berakhir dengan perpisahan. Tapi cinta pertama ini mengajar setiap orang itu belajar untuk mencintai seseorang yang asing dalam hidupnya. Dan ia juga mengajar bertapa sakitnya kekecewaan kerana cinta. Jadi pasti ramai yang masih mengingati cinta pertama mereka bukan? Tapi mengapa?



Mungkin lima perkara ini menyebabkan anda masih tidak mampu melupakan cinta pertama anda walaupun si dia sudah bahagia dengan yang lain.

1. Dia mengajar anda erti cinta.

Dia orang pertama yang datang dalam hidup anda selepas ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Kehadirannya mengajar anda untuk menyerahkan hati kepada seseorang yang anda belum pasti. Cinta yang anda tidak tahu bagaimana rasanya dan bagaimana pengakhiran hubungan kalian. Kerana cinta akan dirinya, anda memperjuangkan segala-galanya.

2. Dia mengajar anda erti bahagia.

Bila kata pertama kali, bermakna bahagia yang dirasai juga sangat berlainan. Bahagia yang berlainan itulah yang menyebabkan anda sukar untuk melupakannya. Walaupun dengan pasangan baru anda merasa bahagia tetapi bahagia itu berlainan benar dengan yang lalu.

3. Anda merasakan dirinya sempurna.

Bagi anda dirinya cukup sempurna walaupun bagi orang lain masih banyak kurangnya. Kesempurnaannya yang anda rasai tidak pernah anda peroleh daripada sesiapa pun sebelum ini. Tiada yang dapat menandinginya walaupun pasangan baru anda begitu baik. Tapi si dia juga yang berlegar di kepala dan hati anda.


4. Kesilapan yang anda kesali.

Mungkin perpisahan yang berlaku itu kerana anda puncanya. Itulah yang menyebabkan anda terasa amat kesal dan sukar untuk melupakan cinta pertama anda. Walaupun pada hakikatnya, perhubungan kalian diakhiri dengan perpisahan yang baik.

5. Masih terbayang kenangan lalu.

Kenangan adalah perkara yang paling sukar untuk dilupakan. Dan setiap kali anda pergi ke suatu tempat, kenangan anda dan dirinya sangat mengusik jiwa dan hati anda. Walaupun sudah bersama dengan orang baru, kenangan masih lagi di jiwa anda.

Walaupun begitu, anda perlu mengambil langkah untuk melupakan segala-galanya mengenai dirinya walaupun pahit. Hal ini kerana, ia tidak adil bagi pasangan anda yang baru pula. Apa kata anda cuba cipta kenangan yang lebih indah berbanding yang dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen