Antara Kata-Kata Yang Paling Meluat Si Single Dengar Daripada Mulut ‘Netizen’.

Kebiasaannya, diri kita menjadi buah mulut netizen apabila anda adalah seorang yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak atau seorang single yang mungkin agak terlalu lama, sehinggakan netizen ini sedar dengan kehadiran anda.

Sebelum itu, anda pasti tertanya-tanya apakah maksud netizen yang sebenar? Adakah ia sama dengan masyarakat?

Dengan mengikut peredaran semasa dan teknologi seperti dihujung jari anda, ‘Netizen’ terjadi apabila masyarakat yang suka bergossip di alam maya. ‘Citizen of the net’ dan digabung menjadi ‘Net’ dan ‘tizen’, maka terjadilah ‘Netizen’. Masyarakat di alam maya.



Jadi, jom baca antara kata-kata daripada netizen yang paling meluat untuk si single ini mahu dengar!

1. “Bagaimana anda masih boleh single sampai sekarang? Hebatnya!”

2. “Kalau awak tak fikir kan sangat, ia tak akan berlaku lah! So, stop thinking!”

3. "Awak tak pernah rasa sunyi ke asyik keseorangan?”



4. “Umur dah meningkat ni, dah la tak kawin lagi, tak risau ke nanti susah nak dapat anak?”

5. “Dah ada boyfriend belum?”

6. “Awak patut cuba online dating! Ramai juga kawan-kawan saya bertemu jodoh dengan cara tu”

7. “Dia tu tak layak untuk awak lah!”

8. “Jangan risau, awak akan jumpa jugak jodoh satu hari nanti”.

9. “Baik awak lupakan dia sahaja, mungkin dia tidak sedia untuk perhubungan yang serius”

10. “Ramai lagi jodoh yang baik-baik kat luar sana”

11. “Awak ni jangan cerewet sangat boleh tak?”

12. “Tu lah sibuk sangat dengan kerja, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi”

13. “Elok lah awak tu sayang dan cintakan diri sendiri dulu, daripada nak sayang dan lebih-lebihkan orang lain”

14. “Tak sabarnya nak jumpa dengan bakal kekasih awak, mesti dia orang yang hebatkan!”

15. “Bagi saya jadi match maker awak, boleh lah saya kenalkan seseorang yang sempurna untuk awak nanti”


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen