Mengapa Lelaki Botak Lebih Mendapat Perhatian Di Mata Wanita?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai botak pasti ramai yang membayangkan seseorang lelaki yang gagah dan berpenampilan yang agak menggoda seseorang wanita. Lagi-lagi kalau lelaki itu mempunyai tubuh yang sasa, pasti akan membuat wanita tidak berkelip memandang mereka. Dan biasanya lelaki yang memiliki rupa paras bujur sirih dan agak bulat amat bersesuaian dengan gaya botak ini. Di samping itu juga, ramai wanita yang beranggapan lelaki botak ini lebih menarik dari gaya dan penampilannya. Tapi apa yang dipandang oleh wanita ini? Apa yang menarik sangat lelaki berkepala botak ini?



Ini dia lima sebab lelaki botak lebih mendapat perhatian di mata wanita.

1. Lebih seksi.

Apabila botak sahaja, mestilah dikaitkan dengan seksi. Jadi lelaki botak ini lebih kelihatan seksi di mata wanita. Mengapa seksi? Seksi apabila kelihatan kulit kepalanya yang bersih serta dijaga rapi. Itu belum lagi digayakan dengan cara pemakaiannya pula. Kalau sesuai dengan tuan punya badan pasti lebih kelihatan seksi.

2. Lebih percaya diri.

Lelaki botak ini juga dikatakan lebih percaya diri. Mana tidaknya kalau tidak percaya diri pasti mereka ini tidak akan memilih potongan rambut botak ini sebagai pilihan. Jadi mereka tahu, gaya ini sesuai dengan dirinya dan tidak memikirkan pandangan orang lain.

3. Kelihatan lebih matang.

Apa yang menariknya lagi, lelaki yang berketerampilan botak ini lebih kelihatan matang di mata wanita. Mengapa matang? Mungkin mereka terlalu yakin dengan gaya mereka yang tersendiri. Dan gaya tidak berambut ini hanya sesuai untuk lelaki yang matang sahaja.


4. Tidak cerewet.

Bila sudah tidak berambut pastilah mereka ini tidak cerewet. Sebab apa? sebabnya mereka tidak perlu memikirkan gaya rambut mana yang sesuai untuk dirinya. Bukan itu sahaja, mereka tidak perlu membeli dan memilih pelbagai jenis pomade dan minyak rambut yang ada di pasaran. Sikat pun tak payah beli, jimat.

5. Lebih berani.

Lelaki botak ini mestilah kena berani. Kalau tidak berani bagaimana hendak memilih gaya tidak berambut ini sebagai penampilannya. Jadi sifat berani mereka ini sememangnya dari dalam. Bukan hanya berani dari luaran sahaja. Tapi bila orang pandang sahaja lelaki botak ini sudah takut dah.

Walaupun begitu, tidak ramai yang mahu memilih botak sebagai penampilannya. Dan tidak semua wanita meminati lelaki botak ini. Mungkin mereka hanya sedap di pandang oleh kaum wanita, hanya kerana kelihatan bersih dan kemas. Jadi jangan jadi botak demi memikat hati wanita pula ye. Takut tidak kena dengan gaya dan rupa anda pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen