5 Tanda Pasangan Sedang Curang.

Dalam hidup berpasangan, kadang kala diuji dengan orang yang tidak berlaku jujur terhadap pasangannya. Untuk mengenali pasangan sedang jujur mahupun curang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenal pasti sebagai rujukan. Antaranya adalah:



1. Gelisah.

Jiwanya tidak tenang kerana merasa bersalah atas kesalahan yang dilakukan. Apabila ditanya, dikatakan tidak mempunyai apa-apa masalah. Dia juga akan merasa seolah-oleh diperhatikan oleh seseorang apabila melakukan sesuatu. Rasa serba salah sering menghantui dirinya.

2. Menyimpan rahsia.

Jika selama ini apa sahaja dilakukan akan diceritakan kepada pasangan, setelah berlaku curang kemungkinan besar rahsianya akan disimpan sebaik mungkin agar tidak diketahui oleh pasangan.

3. Percakapan tersasul.

Kemungkinan juga percakapannya tersasul. Ada nama seseorang yang disebut secara spontan tanpa disedari, tersebut nama tempat yang pernah dikunjungi bersama orang lain mungkin. Jika tersasul, sebaik mungkin dia akan menutup kembali aib tersebut.

4. Menipu.

Apabila dalam keadaan tersempit, maka dia akan mencari alternatif lain dalam berinteraksi untuk menutup aib yang cuba dilakukan. Antaranya adalah dengan menipu pasangan. Cara itu sahaja difikirkan bagi mengelakkan pasangan mengetahui akan hal sebenar.

5. Marah tanpa sebab.

Apabila ditanya secara baik-baik, dia tiba-tiba marah. Sedangkan itu adalah persoalan biasa yang ditanya. Misalnya, “pergi mana tadi?” Dengan soalan tersebut saja boleh mengundang pergaduhan.


Dengan mengetahui tanda-tanda ini, kita dapat memperbetulkan keadaan. Siasat terlebih dahulu kerana apabila curiga berlebihan, akan mendatangkan masalah baru pula nanti. Dinasihatkan juga agar bertanya terus kepada pasangan. Jika belum mempunyai apa-apa ikatan, berbincanglah dengan si dia samaada mahu teruskan hubungan ataupun sebaliknya. Jika sudah berumah tangga, berusahalah untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen