6 Cara-Cara Untuk Si Gadis Mendapatkan Nombor Telefon Jejaka Idaman.

Pada si gadis di luar sana yang telah memendam perasaan terhadap jejaka idamannya, mungkin tips ini akan membantu anda untuk mendapat nombor telefon mereka. Bagi anda, menghubungi mereka melalui facebook dan instagram tidak cukup, malah anda mahu meluangkan masa lebih untuk berbual.

|

Jom ketahui, cara-cara si gadis mahu mendapatkan nombor telefon jejaka idaman kalian! Tetapi, ingat! Perkara ini berlaku sekiranya si gadis berani dan tidak kisah digelar pergi mencari timba.

1. Berseloroh.

Anda dengan si dia baru sahaja berkenalan dalam masa sebulan, dan kali ini anda mahu mendapatkan nombor telefon mereka. Jadi, tidak salah jika anda cuba untuk cakap sesuatu yang lucu.

Jika anda berjaya buatkan si dia tertawa, terus sahaja meminta nombor telefonnya seperti “Kalau awak nak dengar lawak saya lagi, bagilah nombor telefon”

2. Melalui rakan.

Melalui kaedah ini, anda perlu mengenal pasti rakan-rakan si dia yang anda kenal. Perkara ini akan menimbulkan masalah ketika, anda mahu menghubungi si dia.

Jejaka itu hanya akan terkebil-kebil dan tertanya-tanya siapakah gerangan anda? Anda perlu berterus-terang, tidak perlu menjadi misteri terlalu lama.


 
3. Melalui telefon bimbit mereka sendiri.

Bagaimana? Hanya gadis yang bijak dan berani sahaja mampu melakukan perkara sebegini. Semasa anda memegang telefon bimbit mereka, lalu anda juga boleh bersuara ketika ini:

“Boleh ajar aku tak macam mana nak save nombor kat telefon kau ni?”

4. Mahu kan perbualan yang lebih lama.

Usai sahaja perbualan yang menarik ketika bertemu, anda merasakan anda mahu meneruskan perbualan tersebut tanpa tergantung.

Berterus-terang saja yang anda gemar dengan perbualan itu dan ia nya patut di teruskan melalui talian di telefon.



5. Daripada facebook.

Kadang-kala, sebahagian pengguna facebook akan meletakkan nombor telefon mereka secara public atau untuk rakan-rakan di facebook nya sahaja untuk mudah dihubungi. Cuba anda lihat, jika anda bernasib baik? Hati-hati, anda mungkin akan di anggap sebagai stalker!

6. Terus sahaja meminta nombor telefon mereka secara depan-depan.

Anda adalah seorang gadis yang tak pandai berkias dan direct to the point. Anda juga malas melayan perasaan ‘takut nanti lama-lama kene kebas’. Anda beri sahaja nombor telefon anda, atau minta direct daripada mereka. Mudah!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen