7 Alasan Kenapa Si Dia Tidak Mesej Anda.

Sesiapa sahaja yang  berada di dalam fikiran anda, crush, teman wanita, teman lelaki, suami atau isteri, teman tapi mesra membuatkan anda tertanya-tanya, kenapa mereka tidak membalas mesej anda, mahu pun bertanya kabar?



Mungkin mereka mempunyai salah satu alasan di bawah ini, jom baca!

1. Si dia sibuk.

Salah satu alasan yang paling jelas adalah si dia sibuk dengan kerja yang diuruskan. Jangan pula anda secara tiba-tiba menganggap mereka membenci anda hanya kerana tidak mesej atau membalas mesej anda.



2. Si dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.

Sebahagian daripada mereka bagaikan tidak tahu mahu mesej apa pada anda. Mereka sering terfikir perbualan bagaimana yang anda mahu kan. Padahal dengan hanya simple ‘Hai’ sahaja, sudah mampu membuat anda gembira.

3. Si dia terlupa membalas mesej anda.

Ada juga jenis manusia yang tiba-tiba terlupa untuk membalas mesej anda. Berkemungkinan mereka memang terlalu sibuk seharian, atau mereka sudah pun membaca mesej anda, tetapi ketika berkira-kira mahu membalas, mereka terlupa.

Ada juga mereka yang merasakan sudah membalas mesej anda, tetapi sebenarnya tidak. Jangan fikir bukan-bukan ya!

4. Si dia merasakan mesej itu tidak penting.

Apabila si dia merasakan, mesej anda tidak perlu di balas.

Kadang kala si dia merasakan tidak tahu untuk membalas apa atau fikir ayat yang sesuai atau terlupa lalu akhirnya mereka anggap ia tidak penting, maka si dia tidak memberi respon.



5. Si dia tidak pasti dengan perasaannya.

Jika tiap-tiap hari wanita gemar mempersoalkan tentang rindu atau sayang, sudah tentu lelaki akan jadi buntu dan tidak membalas mesej anda.

6. Si dia membaca mesej anda tetapi tidak boleh membalasnya.

Anda perlu berfikiran positif, mungkin si dia sedang mesyuarat dengan klien penting atau mungkin dalam kelas.

7. Telefon bimbit si dia dalam silent mode.

Dengan silent mode, tidak ada vibrate, tertinggal dalam kereta mahu pun di rumah. Siapa sahaja yang tidak risau dengan golongan yang suka buat silent mode ini kan?



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen