Risau Cinta Tidak Berbalas, Sembunyikan Perasaan Anda Melalui Empat Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila suka seseorang itu belum tentu kita boleh memiliki dirinya. Tetapi kita tidak boleh menyembunyikan rasa cinta dan suka kita pada dirinya. Lebih-lebih lagi apabila si dia itu sudah terlalu rapat dengan diri ini. Mungkin peluang untuk si dia mengetahui perasaan ini akan menjadi lebih besar apabila diri ini tidak cuba untuk menyembunyikan perasaan sendiri. Jadi bagaimana cara untuk sembunyikan perasaan ini?



Mungkin empat cara ini boleh membantu anda menyembunyikan perasaan anda terhadap si dia. Jaga-jaga jangan sampai terkantoi.

1. Jaga jarak.

Perkara yang paling utama dan memainkan peranan penting apabila jarak anda dengan dirinya terlalu dekat. Dekat sehinggakan si dia boleh tahu akan perasaan anda terhadapnya. Jadi apa kata anda cuba membuka jarak sedikit dari dirinya. Agar orang lain juga turut boleh memasuki jarak tersebut. Tetapi jangan anda kelihatan membuat ‘gap’ yang jauh terhadap dirinya. Pasti si dia akan tahu perasaan anda.

2. Jangan mudah tersenyum di hadapannya.

Senyum itu satu sedekah, tetapi apabila berhadapan dengan seseorang yang kita suka itu akan menjadi senyuman yang lain. Lagi-lagi apabila berhadapan dengannya mulalah nak tersenyum bagaikan kerang busuk. 10 kali si dia lalu di hadapan anda, 10 kali juga anda tersenyum padanya. Itu adalah satu perbuatan yang salah. Apa kata anda hanya bersahaja apabila berhadapan dengannya. Cukup lah sekadar senyum apabila si dia mula bercakap dengan anda.


3. Jangan cuba mengambil perhatiannya.

Apabila sukakan seseorang ini, pasti kita akan cuba untuk mencuri perhatiannya dengan melalui pelbagai cara. Seperti ketawa yang sangat kuat, sedikit gedik apabila di hadapannya dan pelbagai lagi. Kelakuan-kelakuan seperti ini hanya menunjukkan perasaan anda padanya.

4. Jangan kerap memerhatikannya.

Bila hati dah suka, mata pun tak jemu memandang orang yang kita suka itu. Apabila terlalu kerap memandang dan memerhatikan si dia. Ia menjadi perkara sangat mudah untuk si dia menangkap perasaan anda terhadapnya. Jadi jangan terlalu kerap memerhatikannya.

Tetapi tidak salah jika anda cuba untuk meluahkan rasa hati anda padanya. Kalau dirinya tidak menyukai anda tidak mengapa. sekurang-kurangnya anda tahu isi hatinya dan tidak perlu lah anda bersusah payah sembunyikan hati anda. Tapi jika anda tahu si dia sudah berpunya. Ikuti saja empat langkah di atas, pasti si dia tidak akan tahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen