Jom Ketahui 10 Tanda Ibu Sudah Mula Merestui Hubungan Anda Dengan Si Dia.

Anda sudah lama mengenali dengan si dia dan mahu keluarga menerima dirinya dengan hati terbuka. Untuk mendapat restu terutama daripada si ibu, membuatkan anda begitu gusar kerana khuatir jika ibu tidak dapat menerima diri si dia.



Jadi, apakah tanda-tanda yang anda boleh lihat bahawa si ibu mula merestui hubungan cinta antara kamu dengan si dia? Jom baca!

1.Secara anda tidak sedar atau pun sedar, ibu anda telah mula membahasakan diri mereka dengan gelaran yang sering anda memanggil mereka. Seperti ‘ibu’, ‘mama’, ‘mumy’ atau ‘mak’ ketika berbual dengan si dia.



2. Adik-beradik mahu pun bapa anda, sering pula merungut kerana ibu anda sentiasa menyediakan makanan kegemaran si dia pada waktu makan malam atau tengah hari. Paling jelas pada hari minggu, ada sahaja bayang dan muka pasangan anda di rumah anda sendiri.

3. Ibu anda sentiasa menceritakan kelemahan diri anda pada si dia dan mahu pasangan anda menjaga diri kamu. Malah gemar pula menunjukkan gambar anda ketika kecil pada si dia.

4. Kepercayaan yang tinggi pada si dia terutama wanita yang mempunyai teman lelaki. Ibu hanya mengharapkan si dia sahaja lelaki yang dibenarkan membawa anda keluar tetapi bukan pada lelaki lain.



5. Ibu anda sering pula berkirim salam dengan ibu si dia melalui kalian berdua walaupun tidak pernah bersua muka.

6. Ibu anda mula menjadikan si dia sebagai hot topic untuk dijadikan bahan bualan antara saudara-mara atau dengan jiran. Sudah tentu berkenaan dengan pekerjaan atau budi bahasa si dia yang telah menarik perhatian ibu.

7. Anda dengan si dia mungkin ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang, tetapi tidak pula terlalu awal. Ibu anda bagaikan terlalu teruja dan sudah mula membeli barangan persiapan dan persediaan perkahwinan kalian berdua.



8. Ibu anda sering pula meminta pertolongan daripada si dia jika mereka memerlukan bantuan atau untuk menguruskan hal penting. Malah si dia adalah orang pertama yang ibu anda hubungi. Eh, siapa anak sebenar ibu ni? Hehe.

9. Apabila sudah mempunyai kepercayaan yang tinggi pada si dia, ibu lebih percaya cerita daripada pasangan anda daripada cerita anda sendiri.

10. Mungkin hanya dalam drama, tetapi jika terjadi dalam realiti anda si anggap bertuah kerana si ibu terus sahaja menghubungi si dia jika mendapati sesuatu yang tidak kena dalam hubungan kalian.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen