Tanya Lima Soalan Ini Kepada Diri Anda Sebelum Membuat Keputusan Berpisah Dengan Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika dahulu ketika beria inginkan dirinya pelbagai soalan yang akan bermain difikiran. Dan segala-galanya sangat positif mengenai dirinya. Tapi apabila hati sudah tawar dan tidak mahu akan dirinya, segala kebaikan yang ada dulu seolah-olah telah hilang dari pandangan mata. Apa yang tinggal kini hanya keburukan pasangan. Pernah tak sehari anda berfikir tentang kebaikan yang pernah si dia lakukan demi hubungan kalian? Pernah fikirkah anda adakah perpisahan dengannya itu terbaik untuk anda dan dirinya.



Jadi sebelum mengucapkan kata putus, cuba fikirkan lima soalan ini yang mungkin membantu anda untuk membuat keputusan.

1. Adakah hidup akan lebih baik jika anda berpisah dengannya?

Ketika hidup bersamanya, hidup anda begitu selesa. Apa yang kurang si dia cukupkan, apa yang perlu si dia bantu. Tapi hanya kerana salah faham sedikit dan rasa terabai, anda mengambil keputusan untuk berpisah dengan dirinya. Walaupun anda tahu dirinya sudah berhabis baik untuk memenuhi keinginan anda. Dalam hubungan biasanya, pasangan akan menyokong, menggalakkan dan mengagumi pasangannya. Tapi anda tidak merasa si dia begitu.

2. Adakah anda tidak merasa gembira dengannya?

Selama anda hidup dengannya, adakah hanya sedikit sahaja kegembiraan yang telah anda dan pasangan bina dan selebihnya adalah kesedihan yang menjadi perantara hubungan kalian. Dalam hubungan biasanya, pasangan tersebut tidak mempunyai masalah tetapi lebih kepada rasa kecewa dan tidak puas hati antara satu sama lain.

3. Adakah anda akan jumpa pasangan yang lebih baik?

Jika berlaku perpisahan itu terjadi, adakah anda pasti anda akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik. Seseorang itu hanya akan menyedari dirinya telah kehilangan sesuatu yang berharga selepas menjumpai sesuatu yang buruk. Sudah bersediakah anda untuk hadapi perkara itu?


4. Adakah anda kurang berkomunikasi?

Cuba anda fikirkan, punca segala permasalahan berlaku hanya kerana anda dan dirinya kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Atau hanya si dia cuba berkomunikasi dengan anda tetapi anda cuba mengelak untuk saling berkomunikasi. Tidak pun hanya anda sahaja yang berusaha untuk memperbaiki hubungan tetapi pasangan anda tidak.

5. Adakah hubungan ini membawa satu perubahan yang baik?

Ketika memulakan perhubungan dahulu, si dia telah mampu mengubah anda untuk menjadi seseorang yang baik. Dan dirinya juga berubah ke arah kebaikan untuk anda. Jadi mengapa tidak anda pula cuba untuk mengubah perhubungan anda untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini?

Berpisah itu mudah, apabila kita sudah tidak suka, sudah tidak sehaluan dan sudah tidak bersependapat. Dan ketika ini lah kita lihat segala kekurangan pasangan kita yang tidak boleh kita kompromi lagi. Walaupun pada hakikatnya, kita sendiri yang keras kepala tidak mahu pendamaian. Serta lebih memilih perpisahan jalan terakhir. Tapi ingat, kita tidak mungkin peroleh pasangan yang lebih baik atau baik seperti sebelum ini. Jadi jangan buat keputusan terburu-buru dan berfikir secara mendalam.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen