Lima Mitos Mengenai Cinta Yang Masih Dipercayai Sehingga Ke Hari Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai cinta, ia seolah-olah satu hal yang sangat di luar jangkaan. Di mana kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam kisah cinta kita itu. Dan ia juga seperti perjudian yang mungkin kemenangan atau kekalahan di akhir ceritanya. Dari dahulu lagi kita telah percaya satu perhubungan yang dipanggil percintaan dan diisi dengan penuh rasa cinta. Jadi dengan itu, terdapat banyak hal yang telah diperkatakan mengenai cinta antara dua hati ini. Terutama jika mengenai mitos cinta yang ramai masih percaya.



Ini dia lima mitos yang ramai masih percaya mengenainya.

1. Mampu mengubah pasangan.

Ramai percaya dengan cinta seseorang itu mampu berubah. Itu adalah mustahil, hubungan cinta ini tidak mampu mengubah tabiat seseorang. Tidak kira dari segi kemahiran, keperibadian atau pun tingkah laku. Mengapa? hal ini kerana perubahan seseorang itu bergantung pada dirinya sendiri bukan kerana pasangannya. Semakin anda memaksanya untuk berubah semakin keras si dia untuk tidak mahu berubah.

2. Perbezaan yang melengkapkan.

Ramai yang berpendapat perbezaan antara pasangan itu saling melengkapkan tetapi sebenarnya, persamaan dalam perhubungan itu yang membantu hubungan itu semakin kuat. Mengapa? jika mempunyai persamaan, anda dan pasangan akan saling berkongsi persamaan tersebut. Dan saling membantu untuk melengkapkan persamaan tersebut. Di samping itu juga, pasangan yang mempunyai persamaan ini mampu menjadi ibu bapa yang baik.

3. Pasangan yang telah ditentukan.

Hubungan cinta yang kita bina selama ini dan dibanggakan itu telah dirancang pertemuan dan ditentukan oleh-Nya. Sebab itu ia dipanggil jodoh. Jodoh yang telah diaturkan ketika kita dalam kandungan lagi. Dan seberapa lama dan sepanjang mana jodoh kita dengan pasangan kita juga telah ditentukan. Jadi tidak hairanlah sekiranya kita akan berjumpa dengan pasangan yang salah dahulu sebelum bertemu jodoh yang sebenar.


4. Cinta pandang pertama itu wujud.

Adakah percaya dengan cinta pandang pertama? Tahukah anda cinta pertama itu wujud di dunia nyata ini. Cuma seseorang itu perlu mengambil sedikit masa untuk mengesahkan bahawa ia adalah cinta pandang pertamanya. Dan bukannya mengambil satu kelipan mata dan menyatakan itu adalah cinta pandang pertama.

5. Cinta tidak mempunyai masa tamat.

Seseorang yang menjalankan hubungan yang harmoni tidak akan tamat mencintai pasangannya sehingga akhir hayat. Melainkan hubungan yang dilalui itu mempunyai pelbagai ketidak puas hati antara kedua-dua pihak. Itu menyebabkan rasa cinta mereka tamat.

Kesimpulannya, segala-galanya telah diaturkan oleh-Nya. Dan setiap manusia di muka bumi ini telah mempunyai jodoh yang tersendiri yang telah diaturkan. Cuma yang datang itu cepat atau lambat sahaja. Serta bagaimana diri mengendalikan hubungan tersebut sehingga berjaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen