Wahai Wanita Elakkan Diri Anda Daripada Lelaki Yang Gemar Melakukan 10 Perkara Ini!

Tidak kira wanita mahu pun lelaki, sesiapa sahaja yang gemar melakukan perkara-perkara yang buruk dan terus menjadi tabiat, harus anda bijak untuk mengelak daripada mereka.



Bagi kaum wanita, adalah amat penting untuk anda menjaga diri dan bijak menilai sikap lelaki yang anda baru kenali, jika diambil kesempatan, buruk padahnya. Bukan lelaki itu yang mendapat malu, tetapi nama anda juga mudah tercalar.

1. Lelaki 'chipsmore'.

Sekejap ada, sekejap tidak. Lelaki ini sering membuat anda runsing dan keliru terhadap perhubungan kalian. Jika si dia hanya datang ketika mahu sesuatu untuk bantuan, lupakan sahaja si dia!



2. Lelaki yang mengejek dan merendahkan diri anda.

Segala kekurangan anda di hebahkan senyap-senyap pada masyarakat mahu pun netizen. Selepas itu viral pula di sosial media, apa lagi? Anda patut lari daripada lelaki sebegini.

3. Lelaki seorang penipu.

Kenapa anda mahu hidup dengan seorang yang suka menipu. Lebih-lebih lagi si dia mengatakan ia adalah tipu sunat. Eh? Anda berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik, okay!

4. Lelaki yang menghantar gambar tidak senonoh mahu pun meminta gambar bogel anda.

Kini, dengan teknologi yang semakin canggih, semakin bahaya pula keadaan sekeliling kita. Mudah sahaja menghantar gambar tidak senonoh pada anda, selepas itu meminta gambar anda yang tidak berpakaian. Eiuw!



5. Lelaki yang sering berkata buruk tentang bekas teman wanita mereka.

Zaman sekarang, lelaki juga gemar mengumpat dan bergossip. Jadi wanita, hati-hati dengan lelaki kepochi begini, sekiranya anda pula yang menjadi bekas kekasih mereka, anda pula yang jadi mangsa!

6. Lelaki yang gemar meraba.

Tanpa si dia sedar atau pun tidak yang dirinya sedang meraba, ia seolah-olah melakukan gangguan seksual terhadap diri anda. Tolong, jauhi si dia serta-merta!

7. Lelaki yang gemar menilai bentuk tubuh badan anda.

Lelaki boleh dianggap biadap jika mereka sering mempersoalkan bentuk badan seorang wanita, malah menilai mereka daripada luaran tubuh badan sahaja.



8. Lelaki yang kasar dan suka mendera.

Lelaki ini bukan sahaja panas baran, malah suka pula mengangkat tangan untuk mendera anda.

9. Lelaki yang mengarah tidak tentu pasal.

Anda pula seorang wanita yang hanya menurut katanya sahaja. Jangan makan nasi, anda hanya menurut, jangan bersenam pada waktu malam, anda turut juga.

10. Lelaki yang bukan pendengar setia.

Ketika anda sedang meluahkan perasaan, si dia buat pekak dan hanya bermain dengan telefon bimbit. Hmmm, say good bye to him!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen