Doa Ringkas Untuk Memohon Jodoh Yang Baik. Jom Amal Segera.

Sudah tentunya semua orang mengimpikan jodoh yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Doa yang dianjurkan ini kelihatan seperti doa agar memohon anak-anak yang soleh. Tetapi perlu diketahui, untuk mendapatkan anak-anak yang soleh perlu bermula dengan pasangan yang baik. Jadi, kita memohon agar semua yang berada lingkungan kita menjadi orang yang baik-baik.



Begitu juga halnya dengan jodoh. Doa ini perlu diamalkan bermula dari sekarang. Yang sedang mencari jodoh, mahupun ingin anda dan pasangan menjadi orang yang baik serta memohon agar mendapat zuriat yang baik-baik belaka.

Doa tersebut adalah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Rabbi hab lii minas soolihinn

Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku keturunan yang termasuk orang-orang yang soleh.
[As-Saffat: 100]



Mudah bukan? Jadi, apa tunggu lagi. Segera mengamalkan doa tersebut bermula dari sekarang. Doa ini juga sesuai bagi pasangan yang beriktiar untuk mendapatkan anak. Kerana doa ini berasal dari doa Nabi Ibrahim yang meminta zuriat pada usia yang tidak memungkinkan. Tetapi dengan kuasa Allah, doa itu dimakbulkan oleh Allah.



Doa, doa juga. Tapi perlulah juga berusaha untuk mendapatkan jodoh. Cari alternatif yang boleh digunakan untuk mendapatkan jodoh. Minta tolong mak ayah, rakan, orang yang dipercayai carikan. Cari dilaman web mencari jodoh yang boleh dipercayai atau mencari sendiri mengikut kehendak hati. Terpulang.

Selain itu perbanyakkan istighfar, kerana istighfar dapat mengapuskan dosa. Jika dosa kita Allah dah ampunkan, mudahlah doa kita dimakbulkan bukan?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen