Kehilangan Passport Dan Dokumen Perjalanan.

Oleh: Rafi

Kehilangan Passport Dan Dokumen Perjalanan.

Kehilangan passport dan dokumen perjalanan pastinya merupakan suatu mimpi ngeri apabila berada di negara orang. Ketahui apa yang perlu anda lakukan sekiranya perkara tidak diingini ini berlaku kepada anda.



Langkah 1: Laporkan kehilangan.

Pastikan anda membuat laporan polis terlebih dahulu. Laporan tersebut haruslah tidak bercanggah dan benar. Jika ada perkara yang anda tidak pasti, nyatakan sahaja tanpa tokok tambah.

Langkah 2: Dapatkan nasihat.

Dapatkan khidmat nasihat Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara untuk membantu anda pulang ke Malaysia dengan selamat.



Langkah tambahan.


Sekiranya kehilangan passport adalah disebabkan keciciran atau salah letak (bukan sebab kecurian, ragut, bencana alam dan lain-lain), ambil sedikit inisiatif untuk mencari passport anda terlebih dahulu. Jejak kembali perjalanan anda sekiranya anda berada di luar negara. Sebaiknya, lakukan langkah-langkah pencegahan dan menjaga sebaik mungkin passport walau di mana jua anda berada. Sentiasa pastikan passport anda berada di dalam penjagaan yang selamat dan disimpan sebaik mungkin ketika berada di hotel atau ketika melakukan aktiviti liburan.

Tip mudah jaga passport!


a) Ambil salinan fotokopi passport anda menggunakan telefon pintar.
b) Asingkan ruang penyimpanan passport dengan barangan berharga yang lain seperti wang dan kad kredit serta dapatkan insuran perjalanan.
c) Penggunaan 'pouch', 'money belt' dan 'travel underwear with pockets' juga amat digalakkan untuk memastikan passport anda selamat bersama anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen