Wahai Bakal Pengantin, Jangan Lakukan 5 Perkara Buruk Ini!

Zaman millennial adalah zaman di mana semua anak muda remaja termasuklah yang dewasa mahukan kemewahan. Generasi sekarang bagaikan spoiled brat kerana mahu kan semua perkara dengan mudah dan tidak mahu bersusah payah untuk masa akan datang.



Jadi, apakah 5 perkara buruk yang patut bakal pengantin elakkan supaya tidak menjadi bahan bualan makcik dan pakcik bawang ni, jom baca!

1. Pisau cukur.

Tidak kira sama ada lelaki atau pun wanita, jangan lah anda menjadi pengikis duit pasangan. Duit hantaran yang diguna sebagai kenduri, guna lah untuk perkara yang berfaedah dan tidak membazir. Jangan pula anda mengambil kesempatan, untuk berfoya-foya dengan duit berkenaan.



2. Hanya mahu menikmati makanan di restoran mahal.

Anda dan pasangan perlu menyimpan duit untuk masa hadapan, tetapi makin kerap pula kalian berdua menikmati makanan di restoran yang mahal. Sudah la kerap makan di luar, masak pun malas. Mahu mengambil orang gaji, tetapi tidak mampu.

3. Terlalu menunjuk di sosial media.

Telefon bimbit digenggam kemas pada tangan 24/7 jam. Setiap hari, ada sahaja mahu update pada sosial media, persiapan perkahwinan, isi telur dalam bekas pun mahu di beritahu, menyarung salinan baju pengantin juga mahu di tunjukkan. Segalanya mahu show off, tidak boleh lepas satu aktiviti pun.



4. Loan bank untuk majlis perkahwinan.

Apa orang dulu kata “Ukur baju biar di badan sendiri”.

Sudah menjadi trend anak remaja membuat pinjaman bank untuk membuat majlis perkahwinan. Jika tidak mampu untuk membuat majlis yang mewah, cukup sekadar sederhana sahaja. Tidak perlu sehingga memudaratkan diri sendiri.

5. Anda terlalu cemburu dengan sahabat yang telah berkahwin.

Kerana itu ramai yang menasihatkan pada yang telah berkahwin, berpada-pada untuk update gambar perkahwinan di sosial media.

Jangan post gambar yang boleh membuatkan rakan anda menjadi gian untuk berkahwin pula. Jika mereka berkahwin dengan keadaan tergesa-gesa dan ‘Asal ada’, menangis pula di kemudian hari nanti.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen