8 Tanda Anda Sebenarnya Tidak Jatuh Hati Pada Si Dia.

Anda baru sahaja berkenalan dengan seseorang. Anda mahukan seorang pasangan ke hubungan yang serius. Malah anda juga mahu mencuba menjadi pasangan yang serius untuk si dia. Tetapi terjadi pula sebaliknya. Anda pula yang tidak boleh jatuh hati pada mereka.



Anda sangka kan, si dia yang bermasalah, tetapi sebenarnya anda yang tidak mampu untuk punyai rasa cinta terhadap mereka. Mungkin tidak serasi, jadi jom ketahui tanda-tanda tersebut!

1. Tiada rama-rama di dalam badan anda.

Bila anda mulai suka atau minat pada seseorang, senyuman akan terukir hingga ke telinga, malah anda gelisah seperti ada rama-rama di dalam badan ketika bertemu dengan si dia. Tetapi kali ini, anda kaku? bosan? Dan seperti tiada perasaan.

2. Anda tidak kisah jika si dia batalkan temu janji.

Anda bukan sahaja tidak kisah tetapi anda seperti gembira pula!



3. Anda memang tidak sanggup bertemu janji walaupun ketika sakit kepala.

Anda adalah seorang yang rajin bekerja walaupun badan anda tidak sihat, sesiapa sahaja yang mengenali diri anda akan mengakuinya. Tetapi walaupun sakit kepala yang tidak teruk, anda tidak pula beriya mahu berjumpa dengannya.

4. Anda dengan sengaja mahu merancang menonton movie secara marathon.

Apabila kita menonton wayang, sudah tentu kita tidak akan berkomunikasi. Dengan cara ini anda lebih suka tidak berbual dengan mereka. Si dia seperti tidak penting.

5. Anda tidak langsung memikirkan si dia untuk jangka masa yang panjang.

Selepas bertemu janji, anda seperti “Bye, selamat malam” dan tiada perancangan untuk bertemu lagi dengan si dia.



6. Anda tidak kisah kelihatan selekeh.

Anda seperti tiada usaha pun untuk memikat si dia. Memakai minyak wangi? Pakaian yang cantik? Mandi pun malas. Oppss!

7. Pakaian yang sama.

Pergi ke kerja mahu pun bertemu janji, hanya pakaian yang sama. Hmmm.

8. Anda langsung tidak pernah menceritakan perihal si dia kepada sesiapa sahaja.

Jika anda telah jatuh cinta, secara normal anda akan teruja untuk menceritakan tentang si dia pada bff anda, keluarga atau sesiapa sahaja. Tetapi kali ini, si dia tidak penting pun untuk dijadikan sebagai hot topic di dalam perbualan anda.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen