5 Kemungkinan Seorang Lelaki Sudah Hilang Minat Pada Wanita Yang Mereka Suka.

Sebelum itu, kita perlu tahu suka, sayang dan cinta mempunyai makna yang tersendiri dan tidak sama. Jika seseorang suka pada kita, tidak semestinya mereka akan terus sayang dan cinta. Mereka hanya minat pada fizikal atau kelebihan anda sahaja.

Pada awal perkenalan, sudah tentu kita akan lebih memilih bertemu janji dengan orang yang kita suka bukan? Jika sudah kerap bertemu, berkemungkinan perasaan akan bertukar menjadi sayang atau sebaliknya.



Jadi, apakah kemungkinan seorang lelaki akan menjadi kurang minat pada wanita yang mereka baru temu janji? Semakin lama, semakin jauh pula mereka menjarakkan diri pada anda. Jom ketahui segala kemungkinan itu.

1. Wanita itu adalah satu ancaman.

Wanita perlu tahu, tidak semua lelaki boleh menerima jika wanita itu lebih berumur, bekerjaya atau berpelajaran lebih tinggi daripada mereka sendiri. Bagi mereka, wanita seperti ini adalah satu ancaman.

Tidak semua lelaki juga sanggup berubah pekerjaan, sanggup mencari kerja part time hanya demi seorang wanita. Tetapi jika wanita jumpa lelaki yang sanggup berubah dan mencari duit simpanan lebih, anda boleh dikira bertuah juga.



2. Tidak bersedia dengan komitmen.

Sudah lah mereka menganggap wanita ini satu ancaman, tiba-tiba menyuruh mereka untuk menanggung segala komitmen. Lelaki akan kurang minat jika wanita terlalu cepat untuk mengongkong hidup mereka.

Lelaki yang ego, pasti mahu membuat sesuatu mengikut keselesaan mereka dan tidak suka di arah.

3. Wanita yang terlalu clingy.

Lelaki memang suka dengan wanita yang manja, feminin dan menganggap mereka seperti hero. Tetapi, jika semua perkara terlalu bergantung pada lelaki sahaja, lelaki akan merasa sesak dan menganggap wanita ini terlalu clingy.



4. Wanita yang menyusahkan.

Menyusahkan seperti hanya bergantung harap pada lelaki, tetapi jika lelaki tidak dapat menunaikan janji, wanita ini akan sering merajuk dan membebel pula. Anda sebagai wanita, harus tahu, jika anda belum lagi berumah tangga dengan mereka, berilah mereka ruang untuk bernafas.

5. Sebenarnya lelaki ini sudah bertemu dengan wanita pilihan.

Jika seorang wanita sudah memenuhi semua 4 syarat dia atas, berkemungkinan si lelaki ini telah bertemu dengan wanita lain yang lebih elok sikap peribadinya. Bukan mereka mahu mengangkat kaki untuk meninggalkan wanita sesuka hati, tetapi jika si dia sudah tidak minat, tiada apa lagi yang boleh kita buat. Nak paksa pun, cinta tidak boleh dipaksa.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen