Sebab-Sebab Peluang Kedua Itu Penting Dalam Perhubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata peluang kedua itu sukar untuk diperoleh selepas melukakan hati seseorang. Mengapa? kerana, tahap kemaafan seseorang itu berlainan. Ada yang mampu memberi peluang kedua dan ada yang tidak. Peluang kedua biasanya akan diperoleh apabila seseorang itu benar-benar menyayangi diri pasangannya itu. Sebab itu bila seseorang beri peluang kedua jangan pernah sia-siakan. Hal ini kerana, kelukaannya akan bertambah apabila anda mengguris hatinya untuk kali kedua. Tapi bagaimanapun, peluang kedua ini penting dalam perhubungan. Ia hanya disebabkan beberapa perkara.



Ini lima perkara yang utama paling penting yang perlu difikirkan ketika tidak mahu memberi peluang kedua.

1. Beri peluang untuk pasangan berubah.

Setiap orang pasti mempunyai kesalahan, dan kerana satu kesalahan itu anda tidak boleh terus jatuhkan hukuman. Maka dengan itu, anda perlu beri peluang untuk pasangan itu berubah dan memperbetulkan kesilapannya. Mungkin juga perhubungan anda selepas itu semakin membaik. Di samping itu juga si dia mungkin telah berubah untuk menjadi lebih baik untuk anda.

2. Setiap orang lakukan kesilapan.

Kesilapan yang dilakukan itu boleh jadi berlaku secara tidak sengaja. Mungkin bukan datang darinya. Jika datang darinya anda perlu menyelidiknya dahulu. Sebelum mengambil apa-apa keputusan. Sebab semua orang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga diri anda.

3. Lebih mengenali.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi apabila anda memberi peluang kedua, ia akan menyebabkan anda lebih mengenali dirinya. Untuk satu perhubungan jangka panjang, maka ia memudahkan anda untuk mengetahui dan menghidu setiap langkah dan pergerakan pasangan anda. Jadi anda lebih berhati-hati.


4. Hubungan lebih erat.

Apabila menerima peluang kedua ini, biasanya perhubungan itu akan lebih erat berbanding sebelumnya. Kenapa? Selepas bergaduh, pasangan bercinta ini akan merasa satu rasa rindu yang teramat mendalam. Itulah yang menyebabkan hubungan kalian bertambah erat, walaupun anda baru sahaja dilukai oleh perbuatannya.

5. Tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari.

Anda dan juga dirinya tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Boleh jadi saja anda tidak mampu melupakan dirinya atau si dia lah sememangnya jodoh untuk anda. Tidak akan anda masih mahu membenci dirinya akibat kesilapan lalu. Jadi buka hati untuk menerima kesilapan pasangan.

Kesimpulannya, peluang kedua itu penting dalam sesebuah perhubungan. Ia bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga pada perhubungan yang dibina. Bagaimanapun, peluang kedua ini tidak semua kesalahan yang boleh diberi peluang. Lebih baik fikir sedalamnya dahulu memberi peluang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen