Individu Yang Introvert Perlu Tahu 5 Tips Ini Untuk Bertemu Janji.

Kepada insan yang memiliki personaliti introvert, bertemu janji dengan pasangan sudah tentu akan membuatkan anda menjadi terlalu gementar. Anda juga seperti tidak suka jika membuat sesuatu yang tidak dirancang rapi.



Jadi, jom baca cara-cara yang betul untuk bertemu janji dengan seseorang.

1. Kenali diri anda dahulu.

Anda tahu anda seorang introvert. Tetapi adakah anda terlalu takut untuk bersosial di depan orang ramai? Adakah anda menjadi terlalu panik dan seluruh badan akan berpeluh? Anda seperti hendak pitam jika bertentang mata?

Jika Ya, anda patut jumpa kaunselor dahulu. Jika anda tiada masalah untuk bersosial tetapi lebih gemar menyendiri, anda boleh ikuti langkah seterusnya.



2. Jangan menjadi terlalu perfect.

Memang benar tiada siapa yang suka apabila kita menjadi fake atau tidak menjadi diri sendiri. Tetapi jangan pula anda berubah secara total untuk menjadi terlalu sempurna di depan si dia. Anda perlu tahu, kehidupan kita ibaratkan anda sedang membuat presentation pada orang ramai. Pasti ada silap.

Malah, anda perlu tahu, setiap situasi tidak semestinya cerah, pasti akan ada hujan. Maka, jangan jadikan diri menjadi terlalu perfect, dan jangan anggap setiap situasi anda dengan dia tidak akan kekok. Terima seadanya.

3. Kenali si dia secara luaran dahulu.

Anda juga perlu tahu adakah si dia adalah seorang introvert juga? Atau extrovert? Kenali mereka dengan melihat facebook milik mereka atau bertanya perihal si dia pada rakan-rakan mereka. Jika si dia gemar melakukan aktiviti luar, tetapi anda pula memberi buku hanya kerana itu adalah hobi anda. Anda silap!

Lakukan sesuatu perkara yang memberi mereka ruang untuk mengenalkan diri mereka dengan cara lebih baik. Jika mereka menolak, mungkin anda terlalu mendesak.



4. Dapatkan pandangan daripada sahabat.

Jangan terlalu cepat menilai seseorang. Dapatkan nasihat dan pendapat daripada seorang sahabat. Jika anda merasakan temu janji anda sering gagal, pasti ada silapnya. Mungkin anda terlalu gementar kerana tidak tahu untuk bualkan tentang isu apa.

5. Ingat, si dia juga adalah seorang manusia biasa.

Anda terlalu gementar. Ingat, si dia tidak makan orang malah bukan raksasa. Anda terlalu gemar membuat andaian yang negatif. Berlatih untuk bertenang, dan anggap sahaja aktiviti bertemu janji ini sebagai santai dan bukannya interview.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen