Sebab Lelaki Sukar Mengingati Tarikh Penting.

Lelaki dan wanita diciptakan dengan karekter, tanggungjawab yang berlainan sehingga ada beberapa hal yang wanita sangat pakar dalam sesuatu hal dan begitu juga dengan lelaki. Dua-dua mempunyai kemampuan yang berbeza. Perbezaan ini adalah untuk lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi. Lelaki. Mereka kebanyakkan sukar mengingati tarikh penting atas faktor tertentu.

Kehidupan seorang lelaki lebih terfokus kepada perkara yang lebih penting. Sebagaimana yang diketahui umum, tanggungjawab mereka besar dan banyak. Mereka tidak dapat mengingati hal yang remeh temeh sehingga menyebabkan pekerjaannya terabai. Apabila sudah banyak perkara yang mereka fikirkan, anda rasa apa akan jadi? Lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.



Wanita pula sifatnya suka memperincikan sesuatu. Walaupun hal yang remeh temeh. Contohnya, apabila berada di rumah, susunan sesuatu objek akan dititik beratkan dalam kekemasan. Sabun ini letaknya disudut dinding, ubat gigi selepas guna simpan di bakul. Begitu kan cara kebanyakkan wanita? Lelaki? Oh. Memang tidaklah dengan cara itu. Lepas guna, campak saja dimana-mana yang sesuai.

Pada awal perkenalan, lelaki mungkin boleh meraikan tarikh-tarikh penting bersama anda kerana fokus kerja ketika itu tidak terlalu membebankan. Mereka juga mempunyai banyak masa yang terluang. Oleh itu, bolehlah mereka memberikan ucapan ulang tahun atau melakukan surprise kepada anda.

Jadi, fahami mereka dengan sebaik mungkin. Jangan terlalu kecewa sekiranya si dia tidak mengingati tarikh penting. Itu kekurangan mereka. Wanita juga sudah tentunya mempunyai kekurangan tersendiri bukan? Jadi, sama-samalah terima hakikat tersebut agar dapat berlapang dada ketika bersama.


Adalah lebih baik sekiranya anda ambil gajet mereka, dan setkan tarikh-tarikh penting dalam gajet berkenaan. Barulah senang sikit kerja. Ini namanya saling lengkap melengkapi. Tak adalah nak merajuk tak tentu pasal nanti. Eh! Sorry. Hehehe Pernah buat ke?

Kalau dapat pasangan yang selalu ingat tarikh-tarikh penting, maka beruntunglah anda. Suka pula buat surprise-surprise ni. Lagilah tersenyum lebar. Apapun, jangan terlalu berharap si dia akan melakukannya dimasa yang akan datang. Kerana mungkin bebannya semakin banyak atau gajetnya sudah bertukar yang baru.

Yang lelaki, berusahalah dengan apa cara sekalipun untuk membahagiakan mereka. Sekiranya tidak mampu untuk meraikan ulang tahun bersama, buatlah hal-hal lain yang boleh menyebabkan mereka tersenyum.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen