Kesan Yang Bakal Anda Terima Jika Terlibat Dalam Satu Perhubungan Yang Tidak Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila melibatkan diri dalam hubungan percintaan ini, pasti ada hubungan yang bahagia dan tidak bahagia. Hubungan yang tidak bahagia itu dipanggil hubungan yang tidak sihat. Kenapa tidak sihat? Sebab hubungan yang tidak bahagia itu mampu membuat seseorang berada dalam keadaan tidak sihat. Tapi biasanya anda tidak sedar bahawa hubungan anda tidak bahagia. Hal ini kerana anda telah dibutakan oleh cinta kerana anda mencintainya lebih dari diri anda sendiri.



Lima perkara ini mungkin akan berlaku pada anda apabila anda melibatkan diri dalam hubungan yang tidak bahagia.

1. Sukar kawal emosi.

Anda mengalami masalah untuk mengawal emosi anda. Anda akan mudah rasa tertekan dengan setiap perbuatannya. Anda rasa tidak dihargai. Bukan hanya darinya tetapi dari orang di sekeliling anda. Anda juga turut inginkan perhatian daripada orang di sekeliling anda. Emosi anda tidak terkawal, itu menyebabkan anda inginkan perhatian daripada orang sekeliling.

2. Tingkah laku yang buruk.

Apabila anda tidak merasa bahagia dalam perhubungan anda, anda mula mendekati sesuatu yang tidak elok. Sebagai contoh anda mula hilang rasa hormat dengan orang sekeliling ataupun anda mendekati diri anda dengan perkara-perkara yang haram. Dan anda menyalahkan dirinya kerana menyebabkan anda terlibat dalam perkara tidak elok.


3. Lakukan tabiat tidak sihat.

Anda mula lakukan tabiat yang tidak sihat. Mungkin kerana terlalu tertekan atau terlalu over thinking hingga menyebabkan tabiat ini lahir dari dalam diri anda. Sebagai contoh anda sukar untuk tidur pada waktu yang sepatutnya dan mula hilang selera makan. Dan tabiat-tabiat ini kerap berlaku sehingga menyebabkan ia berterusan.

4. Membiarkan si dia mengawal anda.

Apa yang paling ketara adalah anda membiarkan dirinya untuk terus mengawal anda. Dan membuat anda merasa lebih tertekan. Jadi anda perlu mencari jalan keluar dari perhubungan anda, walaupun anda sangat mencintai dirinya. Apa yang penting diri anda bukan dirinya.

Apa yang dapat disimpulkan ialah hubungan yang tidak bahagia ataupun tidak sihat ini biasanya hanya akan merosakkan diri anda. Dalam perhubungan, anda perlu lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam perkara ini. Hal ini kerana ia akan memudaratkan diri anda sendiri. Jadi sayang lah berpada-pada.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen