5 Tanda Pasangan Mengongkong Anda.

Jom baca, apakah tanda-tanda yang anda boleh lihat pada teman lelaki atau wanita anda bahawa mereka adalah seorang yang mengongkong hidup anda?

1. Anda akan rasa bersalah setiap kali mahu berjumpa dengan rakan.

Pasangan anda menjadi terlebih mengongkong apabila tidak memberi peluang pada anda untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Sama ada rakan sepejabat, rakan kolej atau pun sahabat baik. Ada sahaja alasan pasangan anda beri.

Mereka khuatir anda tidak selamat apabila berada di luar rumah dengan terlalu lama, sama ada diragut, diculik atau bermacam-macam andaian negatif. Mungkin benar mereka takut dengan kehilangan anda, tetapi sebenarnya mereka takut jika anda hilang dan curang padanya.



2. Tiada privasi dengan si dia.

Privasi bermaksud segala kandungan whatsapp pasti si dia mahu baca satu persatu. Seperti detektif atau ahli polis untuk menyiasat aktiviti anda. Tidak kira dengan sesiapa sahaja termasuk whatsapp dengan sahabat baik mahu pun keluarga.

Si dia juga mahu kan password telefon bimbit anda kerana trend terkini, hanya menggunakan cap jari anda sahaja untuk telefon bimbit. Maka, si dia tidak percaya pada anda kerana si dia mengatakan bekas kekasih pernah curang hanya kerana tidak memberi password telefon bimbit.

3. Anda yang sentiasa dipersalahkan.

Jika anda dengan pasangan bergaduh, si dia pasti akan sentiasa menyalahkan diri anda tetapi pendapat mereka sentiasa betul. Malah apabila si dia melakukan kesilapan yang sama seperti yang anda lakukan, si dia masih juga ingin mempertahankan hak mereka.



4. Hanya mahukan perhatian daripada anda sahaja.

Si dia mahu kan perhatian daripada anda 24 jam seminggu, setiap minit dan setiap saat. Tetapi apabila anda mahukan perhatian daripada si dia, ada sahaja alasan yang si dia berikan. Anda pasti sudah dikongkong oleh si dia!

5. Musnah segala cita-cita dan impian.

Anda mempunyai kepercayaan anda sendiri. Anda mempunyai cita-cita dan impian. Tetapi apabila dengan si dia, hidup anda seperti hanya di bawah mereka sahaja. Hanya mengikut perintah dan harus menurut segala telunjuk mereka. Hati-hati, anda memang sudah dikongkong!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen