Lima Perbuatan Wanita Yang Merimaskan Orang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki boleh sahaja menerima segala kekurangan pasangannya apabila mereka ini benar-benar saling jatuh cinta. Mereka juga tidak akan pernah memberi rungutan terhadap apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh pasangannya. Sebagai seorang wanita, kadang kita merasakan tingkah laku dan perbuatan kita itu adalah perkara normal yang biasa dilakukan oleh kebanyakan wanita lain. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya kita telah membuat pasangan kita merasa rimas dengan tingkah laku kita.



Jadi demi menjaga perhubungan kalian, anda perlu memahami pasangan anda walaupun terpaksa mengorbankan minat anda. Lima perkara ini kerap dilakukan oleh kaum wanita dan anda di antaranya menjadikannya hobi ketika masa lapang.

Ini dia lima perbuatan yang merimaskan kaum lelaki yang mungkin kaum wanita tidak tahu.

1. Baca novel romantik.

Membaca novel romantik sememangnya minat seorang wanita. Ada yang memilih membaca novel romantik ketika waktu lapang sebagai hobi. Tidak mengapa jika menjadikan ia sebagai satu hobi. Tetapi yang paling merimaskan ialah terlalu taksub dengan novel romantik tersebut sehingga membayangkan perkara itu akan terjadi pada dirinya. Tidak pun berharap pasangannya akan berubah menjadi lelaki dalam novel itu.

2. Tonton drama romantik.

Menonton drama romantik terutama drama Korea ini telah menjadi satu kegilaan ramai. Sehinggakan ada yang sanggup tidak tidur malam demi menghabiskan satu drama ini. Anda yang membuat pasangan mereka terasa terabai hanya kerana drama romantik ini. Tidak pun mengajak pasangan mereka menonton drama ini. Bagi lelaki, drama romantik ini sangat membosankan dan itu yang menjadikan si dia rimas terhadap anda.

3. Bergosip.

Seorang wanita apabila berjumpa dengan rakan-rakannya pasti ada sahaja perkara yang hendak diceritakan. Beri mereka masa berapa lama pun masih juga tidak cukup. Dari cerita gal sendiri hingga ke hal artis semua akan dikongsi. Itu yang menyebabkan lelaki rasa rimas. Mana tidaknya tidak cukup dengan rakan-rakannya, pasangannya juga turut terkena tempias
bergosip.


4. Terlebih gedik.

Wanita dan gedik itu sangat sinonim, tetapi kalau terlebih tergedik itu lain pula cerita dia. Mungkin bagi wanita ia hanya mahukan perhatian, tetapi bagi pasangannya ia sedikit memalukan. Mana tidaknya kalau tergedik di hadapan orang ramai pasti ia akan menjatuhkan air muka pasangan.

5. Cepat melenting.

Wanita ini pantang ditegur, apabila ditegur sahaja cepat melenting. Walaupun perkara yang ditegur demi kebaikan bersama atau untuk dirinya. Pasti tidak akan diterima dan akan melenting. Jadi ia memeningkan kepala pasangannya untuk menegur setiap perbuatan dan tingkah lakunya.

Bagaimana pun, tidak semua wanita begitu. Ada sahaja yang mampu membahagikan masa bersama pasangannya dengan baik. Dan ada juga yang menerima segala teguran yang diberikan oleh pasangannya dengan hati yang terbuka. Semuanya bergantung pada anda untuk memilihnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen