Lelaki Suka Wanita ‘Beauty With Brain.’ Bagaimana tu?

Cantik semata-mata bukan bererti semua lelaki akan minat terhadap wanita tersebut. Sudah tentunya ada lelaki memilih pasangan yang mempunyai bonus tertentu. Antaranya dia seorang yang bijak. Bijak bukan bermaksud di mempunyai phd. Tetapi lebih daripada itu. Iaitu bijak dalam hal yang disebutkan ini.



1. Bijak menguruskan emosi.

Sebagaimana yang diketahui, wanita sememangnya dipengaruhi emosi dalam kehidupan. Cepat terasa, cepat menangis, cepat marah. Itulah wanita. Tetapi buat wanita bijak, dia sangat matang dalam urusan sebegini. Tidak mudah melenting apabila berlaku sesuatu yang buruk kepadanya, malahan dia dapat atasi masalah tersebut dengan baik dan bijaksana dan bijaksini. Eh! Hehe

2. Bijak dalam hal perhubungan.

Sudah nama pun bijak. Mereka sudah tentunya suka membaca dan rasa ingin tahu akan sesuatu itu mendalam. Sehingga dalam perhubungan sekalipun mereka akan kaji. Bagaimana untuk mengetahui sifat lelaki sebenar, apa yang mereka suka dan tidak suka, bagaimana untuk menguruskan masalah ketika bersama pasangan. Semua itu mereka akan kaji secara mendalam agar jika terjadi sesuatu dalam perhubungan, mereka tahu cara untuk mengatasinya.

3. Bijak kewangan.

Boros. Oh no! Kalau boleh, semua lelaki mahukan wanita yang pandai berjimat cermat dalam berbelanja. Lelaki suka wanita bijak kewangan kerana dia dapat membantu mereka dalam urusan tersebut. Jika susah, mereka mempunyai idea untuk menguruskan masalah kewangan. Malah, hidup dengan mereka bertambah membiak duit. Kan best tu.


Jadi, seorang wanita seharuskan mempunyai sifat begini untuk diterapkan dalam hidup. Buanglah sifat bermanja-manja berlebihan tu. Kadang akan membuatkan seorang lelaki muak. Lebih baik menjadi seorang wanita bijak. Tapi, jangan sampai tunjuk bijak. Menyampah juga si dia nanti. Maka, berpada-padalah dalam apa juga keadaan. Itu lebih selamat. Semoga anda dapat menjadi seorang wanita beauty with brain. Good luck!


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen